Piala AFF Suzuki 2020 yang merupakan antara kejohanan yang terjejas akibat pandemik COVID-19, kini dijadualkan semula dari 11 April hingga 8 Mei tahun hadapan, kata Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) hari ini.
Badan bola sepak serantau itu berkata keputusan terkini itu diambil dengan matlamat untuk menganjurkan kejohanan itu dalam format sepenuhnya - bermain di tempat sendiri dan di tempat lawan di seluruh negara Asia Tenggara yang layak.
AFF dalam satu kenyataan hari ini berkata selepas berbincang dengan persekutuan bola sepak rantau ini, dan pihak berkuasa berkaitan yang lain, Jawatankuasa Pasukan Petugas Piala Suzuki AFF membuat keputusan bahawa tarikh baharu itu mampu disesuaikan dengan jadual perlawanan tempatan.
Bagaimanapun, AFF akan terus memantau keadaan dengan rapi bagi memastikan keselamatan dan kebajikan semua pemain, jurulatih, rakan kongsi, peminat dan orang ramai.
Presiden AFF Mej Jen Khiev Sameth berharap pengumuman tarikh baharu itu akan memberikan penjelasan untuk rakan komersialnya, termasuk penaja dan penyiar media untuk membuat perancangan dalam keadaan yang tidak menentu ini.
"Kami semua menyedari perjuangan memerangi pandemik global masih belum berakhir, kami optimis dan berhati-hati supaya kejohanan itu berlangsung dalam format lengkap kerana kami berhasrat menyajikan yang terbaik di ASEAN dalam kejohanan itu tahun depan.
"AFF dan ahli-ahli persatuan kami mengucapkan terima kasih kepada semua peminat kami, pemain, jurulatih, pegawai, media dan rakan kongsi lain di atas komitmen dan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi walaupun berhadapan cabaran dan kami menanti Piala SUZUKI AFF menyatukan seluruh Asia Tenggara apabila kita boleh bersama lagi, katanya.
Piala AFF, kejohanan bola sepak yang terbesar dan paling berprestij di Asia Tenggara, pada mulanya dijadualkan pada November dan Disember tahun ini tetapi terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapan kerana wabak COVID-19.
Thailand adalah pasukan yang cemerlang di dalam kejohanan itu, menjuarainya sebanyak lima kali pada 1996, 2000, 2002, 2014 dan 2016 sementara Malaysia muncul juara pada 2010 di bawah bimbingan Ketua Jurulatih pada masa itu Datuk K Rajagobal.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 25 2020

Piala AFF Suzuki 2020 dijadualkan semula dari 11 April hingga 8 Mei tahun hadapan. - Gambar fail/BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Bangunan AFF di Putrajaya penuh semak samun
Video tular memperlihatkan keadaan bangunan ibu pejabat itu dipenuhi semak-samun dengan sampah dan air bertakung di beberapa tempat.

Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat
Skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan menyamai rekod terbaik Malaysia menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005.

Harimau Muda enggan berputih mata, buru pingat gangsa di Thailand
Skuad Bawah 23 Tahun ebangsaan bertekad untuk bangkit semula bagi melakar kemenangan ke atas pasukan tuan rumah pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat Kejohanan B-23 AFF esok.

Sampai masa AFF, AFC bergerak ke hadapan?
AFF ataupun AFC perlu mengambil inisiatif untuk memastikan semua ahli gabungannya mendapat manfaat sewajarnya.

AFF: Malaysia U19 bukti kemampuan diri
Sama-samalah kita percaya pada kemampuan skuad Harimau Muda ini dan pengurusan kejurulatihannya.

B-19 AFF: Harimau Muda benam Vietnam, mara ke final
Harimau Muda menewaskan Vietnam 3-0 pada aksi separuh akhir di Bekasi, Indonesia, hari ini.

AFF: Proses pembangunan tidak sistematik punca kegagalan - Teong Kim
Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Lim Teong Kim mempertahankan prestasi mengecewakan barisan pemain muda negara pada kempen Kejuaraan B-23 AFF.

Kejohanan AFF B23: Laos tambah perit Malaysia
Skuad B23 negara terpaksa berdepan satu lagi kekecewaan apabila kecundang 2-0 di tangan Laos dalam saingan Kejohanan AFF B23, sebentar tadi.

Kejohanan Futsal AFF: Malaysia diundi bertemu Thailand, Indonesia
Skuad futsal kebangsaan bakal berdepan cabaran sengit pada Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 dari 3 hingga 12 April ini.

FAM optimis kemampuan skuad B-23 raih kemenangan ke atas Laos esok
FAM optimis skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan mampu melakar kemenangan dalam aksi menentang Laos esok.