KUALA LUMPUR: Pemain memohon pelepasan daripada mewakili skuad kebangsaan bukan isu baharu dalam senario bola sepak tempatan apabila perkara itu berterusan menjelang kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 dari 20 Dis sehingga 16 Jan tahun depan.
Sebelum mendakwa pemain yang 'menolak' mewakili negara tidak mempunyai semangat patriotisme, semua pihak perlu mengambil maklum bahawa Piala AFF ialah kejohanan dianjurkan di luar jendela antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Berdasarkan Peraturan Status dan Perpindahan Pemain FIFA Lampiran 1: Bahagian Pelepasan Pemain Kepada Pasukan Kebangsaan Perkara 6 menyatakan bahawa adalah tidak wajib untuk melepaskan pemain di luar jendela antarabangsa atau kejohanan akhir yang termasuk dalam kalendar aksi antarabangsa.
Justeru, penganjuran Piala AFF di luar jendela antarabangsa FIFA itu membolehkan pemain ataupun kelab terlibat yang bertindak sebagai majikan, tidak melepaskan pemain-pemain yang dikehendaki atas pelbagai sebab termasuk hal peribadi, urusan keluarga dan kecederaan.
Namun, sesuatu perkara yang berlaku mempunyai kesan dari sudut positif dan negatif dengan pemain yang tidak beraksi untuk pasukan negara di luar jendela antarabangsa dapat berehat selepas mengharungi musim yang panjang sebelum kembali menjalani latihan bersama kelab masing-masing.
Selain itu, kelab turut tidak berdepan risiko kecederaan pemain yang mampu menggugat persediaan pasukan menghadapi musim baharu selain perlu mengeluarkan perbelanjaan bagi menampung kos rawatan, apatah lagi saingan Piala AFF sering kali dianjurkan pada penghujung tahun.
Dari sudut berbeza, trend menolak panggilan mewakili negara dilihat bukan sahaja akan menjejaskan mutu permainan skuad kebangsaan dan memberi tugas tambahan kepada barisan kejurulatihan untuk membentuk pasukan terkuat, malah mampu menghakis minat penyokong.
Sokongan padu peminat boleh bertukar pudar jika skuad kebangsaan beraksi tanpa kelibat pemain utama, malah mungkin berupaya menjejaskan jumlah kehadiran di stadium kerana pemain umpama magnet yang memiliki aura tersendiri untuk menarik puluhan ribu penyokong ke venue perlawanan.
Baru-baru ini, 12 pemain menarik diri daripada mewakili skuad kebangsaan ke Piala AFF 2022 atas pelbagai sebab termasuk hal peribadi, urusan keluarga dan kecederaan selepas perbincangan antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Ketua Jurulatih Kim Pan Gon dan kelab-kelab terlibat.
Antara yang menarik diri ialah tujuh pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) - Shahrul Mohd Saad, La'vere Lawrence Corbin-Ong, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Arif Aiman Mohd Hanapi, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, Matthew Davies dan Muhammad Syafiq Ahmad.
Selepas penarikan diri 12 pemain itu, dua pemain Kuala Lumpur (KL) City FC iaitu Muhammad Akram Mahinan dan Declan Lambert memohon untuk dikecualikan atas sebab peribadi pada Selasa lepas.
Justeru, penulis berpendapat sudah tiba masa AFF melakukan perubahan dengan memberi nafas baharu selari dengan peredaran zaman bagi memastikan kejohanan kelolaan mereka terus kekal relevan untuk tahun mendatang serta berupaya menarik penglibatan pemain utama.
Perubahan juga perlu bermula dengan badan induk bola sepak Asia sendiri iaitu Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tatkala Kesatuan Persatuan Bolasepak Eropah (UEFA) sudah pun memperkenalkan UEFA Nations League untuk ahli gabungannya.
Pertandingan itu secara umumnya menggantikan perlawanan persahabatan yang sebelum ini berlangsung pada jendela antarabangsa FIFA, dengan pasukan Eropah akan terlibat dalam aksi kompetitif yang lebih kerap menentang pasukan Eropah lain yang mempunyai kualiti setanding.
Penganjuran Liga Bangsa versi Asia melibatkan keseluruhan 47 ahli gabungan AFC akan mewujudkan perlawanan-perlawanan yang lebih bermakna kerana terdapat format promosi dan penyingkiran selepas pasukan dibahagikan ke beberapa bahagian berdasarkan ranking terkini FIFA.
Situasi itu jelas dapat memastikan setiap pasukan yang bertanding akan memberi persembahan terbaik untuk mendapatkan promosi ke bahagian lebih tinggi serta mengelak daripada diturunkan ke bahagian yang lebih rendah.
Liga Bangsa versi Asia akan turut membuka peluang buat skuad Harimau Malaya untuk menguji kekuatan berdepan pasukan gergasi Asia seperti Iran, Jepun, Korea Selatan, Australia, Qatar dan lain-lain.
Kesimpulannya, penulis berpandangan AFF ataupun AFC perlu mengambil inisiatif untuk memastikan semua ahli gabungannya mendapat manfaat sewajarnya bagi menghakis perspektif "pasukan kuat akan terus kuat manakala pasukan lemah akan berterusan lemah".
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 02 2022

AFF ataupun AFC perlu mengambil inisiatif untuk memastikan semua ahli gabungannya mendapat manfaat sewajarnya. - Foto ASEAN Football

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Bangunan AFF di Putrajaya penuh semak samun
Video tular memperlihatkan keadaan bangunan ibu pejabat itu dipenuhi semak-samun dengan sampah dan air bertakung di beberapa tempat.

Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat
Skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan menyamai rekod terbaik Malaysia menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005.

Harimau Muda enggan berputih mata, buru pingat gangsa di Thailand
Skuad Bawah 23 Tahun ebangsaan bertekad untuk bangkit semula bagi melakar kemenangan ke atas pasukan tuan rumah pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat Kejohanan B-23 AFF esok.

Sampai masa AFF, AFC bergerak ke hadapan?
AFF ataupun AFC perlu mengambil inisiatif untuk memastikan semua ahli gabungannya mendapat manfaat sewajarnya.

AFF: Malaysia U19 bukti kemampuan diri
Sama-samalah kita percaya pada kemampuan skuad Harimau Muda ini dan pengurusan kejurulatihannya.

B-19 AFF: Harimau Muda benam Vietnam, mara ke final
Harimau Muda menewaskan Vietnam 3-0 pada aksi separuh akhir di Bekasi, Indonesia, hari ini.

AFF: Proses pembangunan tidak sistematik punca kegagalan - Teong Kim
Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Lim Teong Kim mempertahankan prestasi mengecewakan barisan pemain muda negara pada kempen Kejuaraan B-23 AFF.

Kejohanan AFF B23: Laos tambah perit Malaysia
Skuad B23 negara terpaksa berdepan satu lagi kekecewaan apabila kecundang 2-0 di tangan Laos dalam saingan Kejohanan AFF B23, sebentar tadi.

Kejohanan Futsal AFF: Malaysia diundi bertemu Thailand, Indonesia
Skuad futsal kebangsaan bakal berdepan cabaran sengit pada Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 dari 3 hingga 12 April ini.

FAM optimis kemampuan skuad B-23 raih kemenangan ke atas Laos esok
FAM optimis skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan mampu melakar kemenangan dalam aksi menentang Laos esok.