JOHOR BAHRU: Tiga ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Perkara itu didedahkan Presiden Pengganti PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin yang memaklumkan lima wakil rakyat berkenaan akan bertanding di tujuh kerusi Parlimen dan tujuh kerusi DUN yang akan ditandingi parti itu pada PRU15.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Ampang itu enggan mendedahkan siapa lima wakil rakyat berkenaan pada ketika ini.
"Insya-ALLAH, saya sudah katakan PBM akan bertanding tujuh kerusi Parlimen dan tujuh kerusi DUN. Kesemua kerusi itu adalah melibatkan calon 'incumbent'.
"Ketika ini PBM ada empat ahli Parlimen iaitu Ampang (Zuraida), Tebrau (Steven Choong Shiau Yoon), Julau (Larry Sng Wei Shien) dan Silam (Datuk Mohamaddin Ketapi). Ini bermakna ada tiga lagi (ahli Parlimen) baharu akan sertai PBM.
"Begitu juga dengan ADUN, buat masa ini PBM ada lima ADUN iaitu tiga dari Perak dan dua dari Selangor. Jadi akan ada dua lagi ADUN bakal sertai PBM," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Ibu Pejabat PBM Johor di Taman Daya, di sini pada Sabtu.
Turut hadir, Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon yang juga Naib Presiden Kanan PBM dan Pengerusi PBM Johor.
Dalam perkembangan lain, Zuraida memberitahu, PBM kini memiliki lebih 40,000 ahli dari 177 bahagian yang telah didaftarkan setakat ini.
"Sudah tiba masanya rakyat Malaysia ini dikenali dengan identiti bangsa Malaysia dan bukan lagi mengikut latar belakang kaum mereka, dan ini adalah keunikan parti ini yang diterajui oleh masyarakat berbilang kaum," katanya.
Beliau berkata, PBM juga mempunyai kepimpinan daripada golongan tua dan muda sekali gus menjadi faktor yang menguatkan parti tersebut.
"Walaupun masih baharu tetapi lebih kuat daripada beberapa parti politik lain sedia ada," jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 11 2022
Zuraida (tengah) menerima 4,500 borang permohonan keahlian baharu PBM di Ibu Pejabat PBM di Taman Daya, Johor Bahru, 10 Sept 2022. - Foto Sinar Harian
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.
Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.
Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.
"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.