Semua ketua bahagian UMNO dari seluruh negara diarah berkumpul di ibu pejabat parti itu hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dalam tweetnya jam 7.45 pagi ini berkata mereka dipanggil untuk menghadiri pertemuan khas bersama presiden parti serta anggota majlis tertinggi yang dijadual pada jam 3 petang.

"Hari ini SEMUA KETUA UMNO BHG seluruh negara di panggil serta merta ke KL utk satu pertemuan khas bersama Presiden dan MKT UMNO.,jam 3.00 ptg di pwtc," kata Annuar.


Annuar dalam satu lagi tweetnya turut menggesa pembubaran Parlimen dan mengembalikan kuasa kepada rakyat.

"Dalam keadaan sekarang option (pilihan) hanya satu!!! Kembalikan kuasa kepada rakyat, bubar parlimen dan dalam masa 60 hari adakan pilihan raya umum."