Universiti Teknologi Mara (UiTM) perlu dipertahan sebagai sebuah institusi yang memberikan pendidikan peringkat tinggi untuk orang Melayu, kata Pro-Canselornya Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad.
Beliau berkata UiTM ditubuhkan bagi memberi keistimewaan pendidikan kepada orang Melayu dan Bumiputera lain seperti yang terkandung dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, justeru sebarang langkah untuk mencabar keistimewaan itu dilihat melanggar Perlembagaan Persekutuan.
"Dalam Perlembagaan kita ada Artikel 153 yang menyebut jelas keistimewaan orang Melayu, kalau UiTM itu dibuka kepada semua orang, di mana keistimewaannya," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Beliau sebelum itu menerima Anugerah Tokoh Melayu Melaka 2014 daripada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron pada sambutan Hari Umno Ke-68 peringkat negeri Melaka.
Isu membuka kemasukan UiTM kepada bukan Melayu kembali menjadi perbualan apabila calon DAP pada pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud turut mencadangkan penubuhan institusi seperti UiTM untuk bukan Melayu kerana menurutnya akses pendidikan yang baik perlu diberikan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
Abdul Rahman yang enggan mengulas penglibatan politik Dyana Sofya yang juga bekas pelajar undang-undang UiTM, menegaskan orang Melayu pada masa ini masih memerlukan UiTM sebagai wadah untuk membangunkan bangsa itu.
Ini kerana, katanya, orang Melayu masih jauh ketinggalan terutama dalam bidang ekonomi dengan bangsa lain di negara ini dan hanya penguasaan ilmu peringkat tinggi yang dapat mendekatkan jurang perbezaan itu.
"Ini (pertahankan UiTM untuk Melayu) bukan nasihat...ini kenyataan yang perlu kita pegang, kita lakukan, kerana tujuan tertentu untuk memajukan orang Melayu.
"Saya bukan orang politik hendak ulas orang politik cakap apa berkenaan UiTM, tetapi saya orang pendidikan yang tegaskan UiTM itu milik orang Melayu," katanya.
Sementara itu, Idris berkata Badan Perhubungan Umno Melaka berjaya mendaftarkan sebanyak 4,123 pengundi baharu daripada keseluruhan 4,989 pengundi baharu yang didaftarkan di negeri ini dalam suku pertama tahun ini.
Beliau berkata angka itu menunjukkan peningkatan amat memberangsangkan sekiranya dibandingkan dengan hanya 29 orang pengundi baharu didaftarkan parti itu di Melaka pada enam bulan pertama selepas pilihan raya umum ke-13 tahun lepas.
Bernama
Wed May 21 2014
UiTM perlu dipertahan sebagai institusi pendidikan untuk Melayu - Pro-Canselor
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Serangan ke atas hospital di utara Gaza tunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan Israel - Hamas
Kumpulan pejuang Palestin itu menyeru masyarakat antarabangsa mengenakan "sekatan tegas" ke atas Israel.
Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry
Hanya kira-kira 235,000 daripada lebih 1 juta pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menebus inisiatif baucar buku bernilai RM100 bagi fasa kedua.
UiTM perlu dipertahan sebagai institusi pendidikan untuk Melayu - Pro-Canselor
UiTM perlu dipertahan sebagai sebuah institusi yang memberikan pendidikan peringkat tinggi untuk orang Melayu, kata Pro-Canselornya.