PAS Pulau Pinang menyifatkan kenyataan seorang exco kerajaan DAP Pulau Pinang bahawa kerajaan negeri akan menutup maahad tahfiz yang gagal mematuhi aspek keselamatan sebagai ugutan serta cubaan untuk membantutkan pembangunan Islam di negeri ini.
Ketua Penerangan PAS Negeri Mohd Yusni Mat Piah berkata gesaan itu jelas tidak akan menyelesaikan masalah sekali gus menjurus ke arah menghapuskan institusi tahfiz di negeri ini.
"Sikapnya itu sangat naif, dangkal dan tidak bertamadun untuk dilakukan pihak yang memegang tanggungjawab dan kuasa pentadbiran kerajaan negeri. Malah, menjelaskan kedengkian dan permusuhan terhadap perkara berkaitan Islam yang sering ditunjuk kecenderungan itu oleh DAP selaku teraju kerajaan.
"Sepatutnya beliau bertindak dengan matang dan bijak membantu menangani kekurangan entiti yang telah sedia wujud dan mendatangkan manfaat besar kepada awam seperti menyalurkan dana dan seumpamanya.
"Beliau sendiri mengetahui kebanyakan maahad tahfiz di Pulau Pinang bergerak atas kapasiti persendirian dan mengharapkan sumbangan dana daripada orang ramai bagi membangunkan prasarana dan pengajian mereka. Sewajarnya inisiatif itu diperkukuhkan lagi, bukan diranapkan umpama marah nyamuk kelambu dibakar," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Pada 15 Sept lepas, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengambil tindakan tegas terhadap maahad tahfiz di negeri ini yang gagal mematuhi aspek keselamatan, dengan menarik balik kelulusan dan menutup premis mereka.
Abdul Malik berkata pihaknya telah mengarahkan aspek keselamatan di semua maahad tahfiz di negeri itu dipertingkatkan.
Mohd Yusni berkata kemudahan dari segi pengurusan pendaftaran, pembangunan, kebajikan guru dan pelajar perlu dipandang serius dan bantuan kepada maahad tahfiz ini boleh dihulurkan melalui arahan kepada semua jentera kerajaan negeri sebagai sokongan dan kerjasama yang baik terhadap pembangunan institusi berkenaan.
"Bukan bertindak pilih kasih seperti nasib yang pernah dilakukan ke atas Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) di Permatang Pauh dan Sekolah Rendah Islam Al-Ansor (SRIA) di Balik Pulau yang dinafikan peruntukan sumbangan kepada mereka atas alasan sekolah ini diurus oleh parti politik PAS.
"Tindakan kerajaan negeri tidak memberikan sumbangan kepada SRIBU dan SRIA ini jelas menunjukkan sikap hipokrasi terhadap sekolah agama rakyat (SAR) dan maahad tahfiz. Sepatutnya mereka ini juga berhak menerima sumbangan sebagai rakyat Pulau Pinang dan berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2017
Mohd Yusni Mat Piah berkata gesaan itu jelas tidak akan menyelesaikan masalah sekali gus menjurus ke arah menghapuskan institusi tahfiz di negeri ini. -Gambar fail/Facebook
Kagame, menang 99.5 peratus pilihan raya Rwanda
Paul Kagame meneruskan khidmatnya buat penggal keempat berturut-turut sebagai Presiden Rwanda, selepas memenangi 99.15 peratus undi dalam pilihan raya negara itu.
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di bilik hotel di Thailand
Jabatan Negara Amerika Syarikat ambil maklum mengenai laporan mengenai dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
EU tolak label UNRWA sebagai organisasi pengganas
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell mengulangi penolakan blok itu melabel Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai organisasi pengganas.
Mengimbau sedekad tragedi MH17
Pesawat MH17 Malaysia Airlines ditembak jatuh di timur Ukraine sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal di dalamnya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga
Menurut Nga, DAP komited dan berdedikasi untuk mengejar pencapaian politik dan mendapat kepercayaan rakyat sambil membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang.
DAP mengalu-alukan kesediaan BN kerjasama dengan PH
DAP mengalu-alukan kesediaan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
HerLead, platform DAP pilih calon wanita untuk PRU-16
Program HerLead iaitu program pendidikan kepimpinan anjuran Wanita DAP akan menjadi platform bagi memilih calon wanita parti itu bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.
[KOLUMNIS] Dari KKB ke Sungai Bakap
Atas kertas, sehingga kini, mood kemenangan diramalkan memberi kelebihan kepada PH.
Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng
Tiada isu menentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sebaliknya mahu Program Dwibahasa subjek Sains dan Matematik dilaksanakan tanpa syarat.
Tidak adil untuk gesa Hannah Yeoh letak jawatan - Nie Ching
Teo Nie Ching mempersoalkan tindakan Ramasamy yang tidak melakukan gesaan sama apabila bekas Setiausaha Agung yang kini Pengerusi DAP, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah.
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
"DAP banyak bantu calon BN dalam PRK sebelum ini, tidak salah jika UMNO membalas budi yang telah ditabur oleh mereka."
PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke
Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok.