Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin calon Pakatan Harapan yang bertanding di kerusi Parlimen Tanjung Piai mampu meneruskan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Allahyarham Dr Md Farid Md Rafik.
Karmaine Sardini yang juga merupakan Ketua Bahagian Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) juga disifatkan sebagai individu yang sudah memahami hati penduduk di Tanjung Piai.
“Selain memahami hati penduduk, Karmaine merupakan calon yang paling baik untuk meneruskan pembangunan dan memastikan kesinambungan kemajuan Tanjung Piai.
“Beliau pasti mampu meneruskan rancangan pembangunan serta mengagih peruntukan-peruntukan untuk Parlimen ini yang telah berjaya didapatkan dahulu oleh Allahyarham Dr Md Farid," katanya.
Sementara itu Tun Dr Mahathir turut berkongsi cabaran yang didepani oleh Pakatan Harapan yang telah masuk usia 18 bulan bagi pentadbiran kerajaan.
“Dalam tempoh ini kita telah melalui satu tempoh sukar untuk mengembalikan negara ke atas landasan yang betul dan memperbaiki kerosakan-kerosakan lalu yang begitu teruk," katanya.
Tun Dr Mahathir turut menegaskan agar perbuatan itu tidak akan diulangi dan memastikan ia tidak melibatkan kepimpinan ahli Pakatan Harapan.
Selain itu kerajaan juga sedang berusaha dengan beberapa perancangan termasuk usaha ke arah Wawasan Kemakmuran Bersama bagi mengurangkan jurang pendapatan antara kaum.
Bagaimanapun jelas Tun Dr Mahathir terdapat usaha pihak-pihak tertentu untuk mencetuskan kontroversi antara kaum.
“Apabila mereka jumpa orang bukan Melayu mereka hasut bahawa pemimpin bukan Melayu dalam Kerajaan telah hilang perjuangan mereka kerana menjaga kedudukan.
“Akibatnya, orang Melayu merasa masa depan mereka tidak terjamin dengan kerajaan ini," ujar beliau.
Justeru, Tun Dr Mahathir berharap agar pengundi dapat melakukan penilaian yang baik agar dapat merasai kesannya pada masa akan datang meskipun ia datang secara beransur-ansur.
Hilmi Malik
Wed Nov 13 2019
![Tun Mahathir yakin calon PH Tanjung Piai mampu teruskan perjuangan Tun Mahathir yakin calon PH Tanjung Piai mampu teruskan perjuangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/51573636681_karmainesardini.jpg)
Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Karmaine mampu teruskan perjuangan Allahyarham Dr Md Farid Md Rafik. - Astro AWANI/Shahir Omar
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720347992_TBMaalHijrah.jpg)
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
![Tun M nafi pernah ugut pecat Guan Eng Tun M nafi pernah ugut pecat Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718003900_SidangMediaTunMa.jpg)
Tun M nafi pernah ugut pecat Guan Eng
Dr Mahathir berkata, beliau sudah pasti menghormati kedudukan Guan Eng sebagai ketua DAP yang ketika itu merupakan ahli gabungan kerajaan.
![Kenapa jual 30 peratus saham kepada penyokong Israel? - Tun Mahathir Kenapa jual 30 peratus saham kepada penyokong Israel? - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718003900_SidangMediaTunMa.jpg)
Kenapa jual 30 peratus saham kepada penyokong Israel? - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir bidas keputusan MAHB yang berhasrat menjual 30 peratus saham mereka kepada firma yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel.
![Batu Puteh: Tun M nafi buat keputusan bersendirian Batu Puteh: Tun M nafi buat keputusan bersendirian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718182051_tbTunDrMahathirMo.jpg)
Batu Puteh: Tun M nafi buat keputusan bersendirian
Sebaliknya, kata bekas Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 itu, keputusan tersebut dibuat oleh Kabinet pada ketika itu.
![Prosiding RCI Batu Puteh: Tun M enggan ulas, bakal adakan sidang media petang ini Prosiding RCI Batu Puteh: Tun M enggan ulas, bakal adakan sidang media petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718169555_TBMahathir.jpg)
Prosiding RCI Batu Puteh: Tun M enggan ulas, bakal adakan sidang media petang ini
Beliau akan mengadakan sidang media di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana pada jam 3 petang ini.
![RCI Batu Puteh: Tun M tiba untuk beri keterangan RCI Batu Puteh: Tun M tiba untuk beri keterangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718161952_RCIBatuPuteh.jpg)
RCI Batu Puteh: Tun M tiba untuk beri keterangan
Dr Mahathir menghadiri prosiding RCI berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, di Putrajaya, hari ini.
![Johor yang pertama tandatangan perjanjian serah negeri kepada British - Tun M Johor yang pertama tandatangan perjanjian serah negeri kepada British - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657620609_TBmahathir.jpg)
Johor yang pertama tandatangan perjanjian serah negeri kepada British - Tun M
Perjanjian itu dibatalkan apabila orang Melayu bergabung dalam UMNO dan membantah serta menolak Perjanjian MacMichael dan Malayan Union.
![12 Jun keputusan permohonan Dr Mahathir untuk semakan kehakiman 12 Jun keputusan permohonan Dr Mahathir untuk semakan kehakiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694834649_TBTUNM.jpg)
12 Jun keputusan permohonan Dr Mahathir untuk semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 12 Jun untuk keputusan permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk
![SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714132726_TBMASHUP.jpg)
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
![Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715828713_SyedSaddiqbuku.jpg)
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
![Kerajaan tegas tak benarkan mana-mana syarikat berdaftar di Israel berada di Malaysia – PM Anwar Kerajaan tegas tak benarkan mana-mana syarikat berdaftar di Israel berada di Malaysia – PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714887115_TBanwaribrahimj.jpg)
Kerajaan tegas tak benarkan mana-mana syarikat berdaftar di Israel berada di Malaysia – PM Anwar
Lockheed Martin dan BAE System tidak berdaftar di Israel sepertimana syarikat perkapalan ZIM.