Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan kepimpinan negeri Johor dan rakyatnya supaya 'berpijak di bumi yang nyata' agar mempertahankan negeri maju itu agar tidak terlepas kepada pihak pembangkang.
Justeru, Timbalan Perdana Menteri berkata Johor memerlukan dokongan semua pihak untuk terus mencapai kemajuan seperti terbukti di bawah kepimpinan Menter Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
"Saya ingin ingatkan diri saya dan rakyat Johor, pemimpin-pemimpin Johor dan kerajaanJohor bahawa jangan bumi dipijak menjadi milik orang," katanya demikian ketika berucap merasmikan penutupan Ekspo Johor Berkemajuan 2017 di Dataran Mahkota, Kota Iskandar, di sini pada Sabtu.
Katanya, semua pihak harus mengingati terdapat negeri-negeri yang sudah maju sebelum Johor dari segi pelaburan langsung asing, infrastruktur baik, sistem komunikasi canggih dan tahap ekonomi yang baik kini telah terlepas ke tangan pembangkang.
Malah, menurutnya, Johor perlu mengambil iktibar daripada negeri-negeri ini sebelum jatuh ke tangan pembangkang dan kemudian melupakan jasa dan sumbangan kerajaan pusat.
Ahmad Zahid berkata kemajuan fizikal diperlukan rakyat dianggap pembangkang sebagai tanggungjawab kerajaan tanpa rasa terima kasih atas kesungguhan kerajaan mensejahterakan rakyat.
"Biar pun kita melihat bintang di langit, jangan lupa rumput di bumi kerana apabila kita lupa rumput di bumi, bintang tidak menjanjikan sebarang harapan. Apabila awan semakin menebal, kita tidak akan melihat bintang lagi dan kita harus berpijak pada bumi yang nyata," katanya.
Beliau turut menyifatkan Ekspo Johor Berkemajuan 2017 itu adalah usaha yang luar biasa dan tidak pernah diadakan sebelum ini.
Beliau berkata ini dibuktikan dengan 10 kluster yang digariskan melalui fokus yang menyasarkan bukan hanya kumpulan berbeza, malahan dilakukan mengikut kesalinghubungan.
"Apa yang kita perhatikan dalam perjalanan yang jauh ini, pasti sebarang kemajuan dimulakan dengan perjalanan langkah yang pertama dan kini Johor telah melangkah di tiga per empat perjalanan yang jauh ini," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sat Oct 14 2017
Timbalan Perdana Menteri berkata Johor memerlukan dokongan semua pihak untuk terus mencapai kemajuan.
KPM lancar Kit Duta Sahsiah bantu sekolah bangunkan pendidikan karakter pelajar
Kementerian Pendidikan melancarkan Kit Duta Sahsiah, satu inisiatif kerajaan untuk membangunkan pendidikan karakter pelajar.
Jadilah jutawan pertama Zest-i Account, berpeluang membawa pulang wang tunai RM1 juta!
Maksimumkan peluang anda untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM5 juta dengan Zest-i Account.
Proses lombong REE di Kelantan lewat kerana berada dalam hutan simpan
Taburan mineral unsur nadir bumi (REE) dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) antara yang menyebabkan berlaku kelewatan proses perlombongan hasil bumi itu di Kelantan.
Kerajaan kaji, teliti laporan syarat warga emas perbaharui lesen memandu
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata kerajaan tidak terburu-buru untuk meletakkan syarat dan akan meneliti dengan lebih lanjut cadangan menetapkan syarat baharu bagi pemandu warga emas.
#AWANInews
#AWANInews
ASEAN Express hubungkan Malaysia-China jadi pengangkutan alternatif
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata ASEAN Express akan membuka laluan pengangkutan rel masa hadapan yang berpotensi tinggi untuk dijadikan sebagai pengangkutan alternatif.
#AWANInews
#AWANInews
Hidap kanser prostat, Kieran selesai uruskan wasiat
Selepas disahkan menghidap kanser prostat, bekas penyampai radio, Kieran memberitahu dia kini lega setelah semua urusan wasiat selesai.
Tekanan kerja: Pekerja UK paling tertinggi dalam kalangan negara Eropah
Laporan itu diterbitkan untukCommission for Healthier Working Lives untuk memperbaiki situasi pekerjaan yang diperlukan dalam perundangan baharu.
Hyundai Motors labur RM2.16 bilion buka kilang kereta ICE, hibrid di Kulim – Tengku Zafrul
Hyundai Motors bersetuju untuk melabur RM2.16 bilion bagi membuka kilang pengeluaran kereta enjin pembakaran dalam (ICE) dan hibrid di Kulim, Kedah.
Mengurus risiko dalam aset pelaburan aset alternatif
Ketahui strategi pelaburan aset alternatif seperti Bitcoin, minyak, dan emas dengan memahami risiko dan ganjaran yang terlibat. Artikel ini membincangkan cara mengimbangi portfolio pelaburan anda untuk mencapai diversifikasi yang berkesan tanpa mengorbankan kecairan.
Pihak berkuasa tidak ketepi serangan pengganas punca pesawat terhempas di Vilnius
Serangan pengganas tidak boleh diketepikan sebagai punca pesawat kargo terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius awal pagi tadi, kata polis.
[KOLUMNIS] Industri pertahanan tempatan perlu lonjakan strategik
Pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat yang menyaksikan peruntukan terbesar dalam sejarah menarik perhatian banyak pihak.
Isu buli UPNM: Pegawai kadet jalani pemeriksaan fizikal berkala kesan penderaan
Pemeriksaan fizikal berkala akan dijalankan terhadap pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan UPNM bagi mengesan sebarang aktiviti penderaan.
Tiada keperluan rombak pentadbiran ALK susulan kes buli di UPNM
Mohamed Khaled berkata pihaknya akan menyiasat apa yang berlaku di ALK sebelum ke fasa tindakan seterusnya.
Kementerian Pertahanan perkukuh tatakelola pengurusan, pertingkat program integriti
Kementerian Pertahanan menekankan aspek peningkatan prosedur dalam tadbir urus, usaha mencegah penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, dan pematuhan kepada arahan kerajaan yang ditetapkan.
Kementerian Pertahanan ambil langkah proaktif cegah kes buli di UPNM
Kementerian Pertahanan melaksanakan beberapa langkah proaktif untuk mencegah berlakunya kes buli di Akademi Latihan Ketenteraan, UPNM.
Kes buli ALK UPNM: Pelaku berdepan hukuman diberhentikan pengajian - Menteri
Pegawai kadet ALK UPNM yang didakwa di mahkamah kerana mencederakan juniornya menggunakan seterika wap panas bakal berdepan hukuman.
Kes buli ALK UPNM: Agong mahu Kementerian Pertahanan ambil serius kes berulang
Budaya buli tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana perlakuan tersebut menjejaskan kesejahteraan pelajar serta mencemar reputasi IPT.
Malaysia hasrat muktamadkan Kod Tatalaku Laut China Selatan pada ASEAN tahun depan
Ia bagi mengelakkan konflik dan ketegangan di Laut China Selatan ketika negara mempengerusikan ASEAN tahun hadapan.
Anggota MALBATT di Lubnan berada di kawasan selamat - Menteri
Kementerian Pertahanan mengesahkan enam anggota Batalion Malaysia (MALBATT) yang terlibat dalam insiden letupan di Lubnan hanya mengalami cedera ringan.
Kerajaan ada rancangan sandaran jika MALBATT terpaksa berundur
Katanya, buat masa ini komitmen negara masih berterusan seperti negara-negara lain yang menghantar anggota tentera mereka ke Lubnan.