KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mendakwa parti itu kini sedang mendahului di 34 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Perkara itu dikongsikan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki menerusi akaun Facebooknya.

"Alhamdulillah, BN sedang mendahului di 34 kerusi DUN. Moga-moga Allah memberikan kemenangan kepada BN, insya-Allah," katanya.

Namun Asyraf tidak memperincikan kerusi DUN yang BN sedang mendahului.

KEPUTUSAN PRN JOHOR DI SINI

SEMUA BERHUBUNG PRN JOHOR DI SINI