KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, parti itu tidak mempunyai perjanjian sulit dengan Pakatan Harapan (PH) dalam soal pembentukan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Bercakap di hadapan 2,820 perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, penyertaan bersama PH bagi membentuk kerajaan perpaduan adalah bersandarkan persefahaman awal di peringkat parti bahawa tiada mana-mana gabungan yang boleh membentuk kerajaan.
"Pertamanya, kita telah mengadakan rundingan dengan PH dan Perikatan Nasional (PN) secara berasingan dua hari selepas PRU15 dan kita telah meletakkan beberapa asas utama termasuk dalam soal Islam, Melayu dan Bumiputera, yang perlu disepakati bersama, begitu juga soal pembentukan Kabinet.
"Malah dalam cadangan kita, kita menetapkan agar kerajaan yang dibentuk, ia tidak boleh diidentitikan dengan nama parti, sebaliknya mestilah dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan," katanya, di sini, hari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, PH dalam maklum balas bertulis menyatakan persetujuan terhadap perkara asas itu manakala PN bersedia menimbangkan perkara yang diusulkan BN.
Selain itu, Ahmad Zahid berkata, faktor penyertaan BN bagi membentuk kerajaan perpaduan bersama PH adalah selaras titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Selain itu, pendirian kita adalah selaras dengan perakuan yang kita berikan kepada Yang di-Pertuan Agong, untuk menerima titah usul baginda (Seri Paduka) supaya diwujudkan Kerajaan Perpaduan.
"Pada masa yang sama PH juga bersetuju dengan titah Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya, PN menolak titah berkenaan," katanya.
Beliau berkata, keputusan yang dibuat adalah secara bersama, akujanji yang ditandatangani calon PRU15 memberi kuasa kepada ketua parti untuk berunding soal penubuhan kerajaan.
Katanya, 54 daripada keseluruhan 56 Ahli Majlis Tertinggi UMNO bersetuju dengan keputusan untuk parti bersama membentuk Kerajaan Perpaduan.
"Semoga dengan penjelasan ini, letakkanlah noktah kepada polemik ini. Saya tahu, perkara-perkara ini, menjadi modal yang terus dimainkan tambahan pula pemilihan parti semakin hampir," katanya.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, Perjanjian Persefahaman yang ditandatangani gabungan parti dalam kerajaan akan menjadi pedoman untuk mengikat semua.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, bagi menjamin kelangsungan Kerajaan Perpaduan, sekretariat bersama parti-parti dalam kerajaan telah dipersetujui untuk beroperasi yang akan membincangkan dari semasa ke semasa mengenai perjalanan kerajaan termasuk kerjasama politik.
Ahmad Zahid berkata, kerajaan juga bersetuju menubuhkan sekretariat bagi mengkaji semua manifesto parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.
"Sehubungan itu, melalui sekretariat ini di peringkat kerajaan, kita mencari titik persefahaman dan kebersamaan bagi menterjemahkan janji-janji yang telah dibuat kepada rakyat.
"Paling ketara, semua parti menyentuh tentang soal kos sara hidup yang pada dasarnya boleh dilaksanakan. Ia merupakan manifestasi bersama kesemua parti dalam Kerajaan Perpaduan. Kita berharap, usaha penterjemahan manifestasi kesemua agenda pembelaan rakyat, akan dapat dilaksanakan dengan segera," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2023
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, parti itu tidak mempunyai perjanjian sulit dengan Pakatan Harapan (PH) dalam soal pembentukan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). - Gambar BERNAMA
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kagame, menang 99.5 peratus pilihan raya Rwanda
Paul Kagame meneruskan khidmatnya buat penggal keempat berturut-turut sebagai Presiden Rwanda, selepas memenangi 99.15 peratus undi dalam pilihan raya negara itu.
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
Pertembungan pendapat AMK-Pemuda UMNO perkara biasa politik orang muda - Amirudin
Pertembungan pendapat antara Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda UMNO berhubung isu politik adalah perkara biasa selagi tidak terkeluar daripada asas kerjasama Kerajaan Perpaduan.
Kekosongan kerusi Parlimen: Kerajaan Perpaduan tak isytihar sebab takut kalah - Muhyiddin
Muhyiddin dakwa, Kerajaan Perpaduan sanggup melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuaan berkait Akta Lompat Parti.
Belanjawan 2025 dibentang 18 Okt ini - Fahmi
Belanjawan 2025, yang merupakan belanjawan ketiga di bawah Kerajaan Perpaduan, akan dibentang pada 18 Okt ini di Dewan Rakyat.
PRK Nenggiri: Calon BN wakili Kerajaan Perpaduan - Asyraf Wajdi
Pimpinan kedua-dua parti memberikan komitmen dan sokongan penuh untuk membantu calon BN yang mewakili Kerajaan Perpaduan.
[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional
Kerajaan Perpaduan bukan tidak melakukan yang terbaik, tetapi gagal dalam naratif mereka.
Tidak benar kerajaan abaikan kaum India - PM Anwar
Beberapa peruntukan tambahan yang telah disalurkan Kerajaan Perpaduan khusus bagi meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India di negara ini adalah bukti kerajaan tidak mengabaikan golongan itu.
Pemilihan calon bertanding pilihan raya perlu lebih dinamik - Johari
Pemilihan seseorang untuk menjadi calon bertanding dalam pilihan raya seharusnya tidak terikat dengan kaedah lama sebaliknya perlu lebih dinamik.
Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan
Ramanan berkata, hanya Kerajaan Perpaduan dan Anwar yang prihatin memberi peruntukan besar kepada masyarakat India di Malaysia.
LKAN 2/2024: Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola - Fahmi
Keputusan untuk membenarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 dibahaskan di Dewan Rakyat adalah bukti kerajaan terbuka menerima kritikan membina bagi menambah baik tatakelola negara.
[KOLUMNIS] PRK Sungai Bakap: Medan ujian naratif baharu Kerajaan Perpaduan
SELEPAS Pilihan Raya Umum ke-15, landskap politik Malaysia disajikan dengan beberapa pilihan raya kecil termasuk pilihan raya enam negeri.