Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow hari ini mengesahkan meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Gerakan pada Mac lepas.
Namun, beliau berkata kedudukannya sebagai pengerusi BN negeri tidak berubah kerana tidak mengemukakan sebarang surat peletakan jawatan.
"Saya telah mengambil cuti sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri Parti Gerakan Pulau Pinang berkuat kuasa dari 15 Mei hingga 15 November 2016.
Cuti saya diterima oleh Jawatankuasa Perhubungan Negeri dan telah dimaklumkan kepada Presiden Parti Datuk Seri Mah Siew Keong," katanya dalam kenyataan, di sini.
Teng yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat pada 2013 berkata sepanjang beliau bercuti, Naib Pengerusi Gerakan negeri Oh Tong Keong diberi tanggungjawab untuk menjalankan segala kuasa sebagai pengerusi seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.
Pada Mei 2013, Teng meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung Gerakan dan Pengerusi BN negeri berikutan kekalahan teruk parti gabungan itu dalam pilihan raya umum ke-13 di Pulau Pinang, namun dilantik semula sebagai Pengerusi Gerakan negeri pada April 2014.
Beliau dilantik sebagai Pengerusi BN negeri pada April 2012 menggantikan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Bernama
Thu May 19 2016

Teng dilantik sebagai Pengerusi BN negeri pada April 2012 menggantikan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Gerakan minta PH berhenti bersikap seperti pembangkang
Datuk Seri Mah Siew Keong berkata landskap politik telah berubah selepas PRU14 yang menyaksikan rakyat lebih mengetahui dan sensitif akan hak mereka.

Mah Siew Keong masih Presiden Gerakan yang sah
Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini menjelaskan beliau masih presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang sah sehingga pemilihan parti itu pada 17 Nov nanti.

Kesatuan Eropah perlu haramkan mentega, bukan minyak sawit - Mah
Pelepasan karbon dioksida (Co2) bagi tujuan penghasilan mentega adalah 10 kali lebih tinggi berbanding minyak sawit.

Gerakan hadapi PRU14 dengan lebih yakin - Mah
Semangat dan keyakinan Gerakan kian meningkat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Presidennya Datuk Seri Mah Siew Keong.

Thaipusam perlu dijadikan cuti umum di seluruh negara - Mah
Thaipusam yang merupakan cuti umum di negeri tertentu dan Wilayah Persekutuan di Malaysia perlu diwartakan sebagai cuti umum di seluruh negara.

Mah Siew Keong ketuai misi ekonomi, teknikal ke Iran dan India
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong akan mengetuai Misi Ekonomi dan Teknikal Mengenai Minyak Sawit, Produk Kayu dan Getah ke Iran dan India mulai 5 hingga 9 Februari

TPPA: Industri sawit kecewa dengan keputusan Trump
Malaysia kehilangan potensi besar dalam pasaran eksport sawit ke negara-negara yang menganggotai negara tersebut.

Gerakan sedia tukar empat kerusi untuk hadapi PRU
Gerakan bersedia menukar empat kerusi dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain untuk pilihan raya umum ke-14, kata Presidennya Datuk Seri Mah Siew Keong.

Letupan Bangkok: Kerajaan sumbang RM10,000 kepada keluarga mangsa korban
Kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada setiap anggota keluarga mangsa yang maut dalam insiden letupan bom di Bangkok pada Isnin lepas.

Sambut krismas dalam suasana harmoni, rasa hormat - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat Malaysia supaya sekali lagi bersatu atas semangat keharmonian, penerimaan dan rasa hormat untuk menyambut Krismas esok.