Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat Malaysia supaya sekali lagi bersatu atas semangat keharmonian, penerimaan dan rasa hormat untuk menyambut Krismas esok.
Beliau berkata, rakyat Malaysia juga perlu merebut peluang untuk meraikan kepelbagaian yang menjadikan negara ini begitu luar biasa.
Sambil mengucapkan Selamat Menyambut Krismas dan Selamat Tahun Baharu kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Kristian, beliau berkata inilah masanya apabila keluarga dan rakan datang bersama untuk merenung kembali tahun yang dilimpahi kesyukuran dan berharap semoga tahun baharu membawa harapan dan muhibah.
"Di Malaysia, kita diberkati dengan rakyat daripada pelbagai etnik, bahasa dan kepercayaan agama yang hidup bersama-sama. 1Malaysia melambangkan perpaduan kolektif, menekankan keharmonian kaum, perpaduan nasional dan toleransi kaum," kata Najib dalam perutusannya bersempena sambutan Krismas 2014.
Perdana Menteri menarik perhatian bahawa perlembagaan Malaysia menjamin hak kepada semua rakyat Malaysia untuk mengamalkan agama mereka.
"Dan penyelesaian 10 perkara bagi menangani isu Bible dalam bahasa Melayu dan isu lain yang berkaitan - yang dipersetujui pada 2011, dan harus konsisten dengan undang-undang negeri - diperkenalkan sebagai cara untuk menangani kepelbagaian kita dan melindungi hak ini," kata beliau.
Najib berkata beliau gembira melihat keamanan dan keharmonian yang wujud sejak negara mencapai kemerdekaan.
"Tanpa mengira etnik, budaya atau agama, rakyat Malaysia menghormati perayaan agama satu sama lain atas semangat perpaduan," kata beliau.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengingatkan semua pihak supaya menjaga batas adab, etika dan undang-undang ketika membicarakan perkara yang menyentuh isu hubungan antara agama.
Beliau berkata ini penting supaya semua dapat bersama-sama menjaga keharmonian dan kerukunan antara kaum dan agama di negara ini, seterusnya memelihara keamanan dan kedamaian yang dikecapi selama ini.
"Marilah kita bersama-sama mengekalkan hubungan yang harmonis antara kaum dan agama, sentiasa bersikap rasional, ketepikan perasaan curiga dan prejudis serta mencari titik persamaan yang boleh kita kongsi bersama.
"Mudah-mudahan persefahaman dan kerukunan hidup yang kita pupuk selama ini menjadi sumber kekuatan kita untuk menyumbang kepada kemajuan negara pada masa depan," katanya dalam perutusan perayaan Krismas.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan berkata sebagai sebuah negara majmuk, rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana setiap perayaan masyarakat pelbagai kaum dan agama dapat disambut dengan meriah dalam suasana yang aman dan harmoni.
"Jika diimbas sejarah tamadun besar di dunia, kewujudan pelbagai kaum dan agama yang saling menghormati antara satu sama lain merupakan sumber kemajuan dan kekuatan sesebuah tamadun.
"Keharmonian dalam hubungan antara masyarakat Islam dan Kristian di Andalusia semasa pemerintahan Khilafah Islam merupakan contoh kerukunan hidup antara masyarakat pelbagai agama yang menjadi sumber kekuatan tamadun Islam pada ketika itu," kata Muhyiddin.
Beliau berkata sejarah seperti ini memberi pengajaran kepada rakyat bahawa hubungan yang baik antara masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya menjadi tonggak pembangunan dan kemajuan sesuatu bangsa.
Beliau dan keluarga turut mengambil kesempatan dengan mengucapkan selamat menyambut Hari Natal kepada semua penganut agama Kristian di negara ini.
Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam ucapan sempena Hari Krismas mahu rakyat Malaysia mempertahankan nilai-nilai kesederhanaan dan berwaspada terhadap pandangan ekstremis.
"Tanpa mengambil kira kepercayaan individu dan cita-cita kita, ia adalah penting bahawa kita semua memainkan peranan untuk memupuk semangat keterangkuman dan kesederhanaan dengan mengekalkan kebebasan beragama dan menggalakkan dialog antara agama dan keharmonian di negara kita," katanya dalam kenyataan.
Liow, yang juga Menteri Pengangkutan berkata dasar kesederhanaan akhirnya akan memberi faedah kepada semua rakyat, tanpa mengira bangsa, agama pada budaya.
"Negara kita hanya boleh terus membangun dan bangkit ke tahap yang lebih tinggi apabila kita tidak membiarkan perbezaan antara kita menghalang kepercayaan dan rasa hormat bersama.
"Kita sangat bertuah tergolong dalam negara yang menjadi wadah kepelbagaian budaya. Nenek moyang dan pemimpin terdahulu kita telah bertungkus-lumus untuk mencapai perpaduan, dan di pihak kita, kita masing-masing perlu bekerja keras untuk mengekalkan keamanan ini dan menolak ekstremisme," katanya.
Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong berkata Krismas memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyebarkan mesej kebersamaan, persefahaman dan perasaan kasih sayang.
"Pada musim perayaan ini yang membawa harapan dan kemurahan, marilah kita bersatu sebagai rakyat Malaysia untuk memastikan bahawa kita melakukan semua yang termampu untuk memastikan negara yang tercinta ini terus menikmati kestabilan dan kemakmuran yang lebih kukuh," katanya.
Mah, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata rakyat Malaysia telah menyaksikan keamanan dan kemakmuran serta cabaran dan perubahan sepanjang tahun ini, 'oleh itu, adalah penting untuk memberi perhatian kepada mesej universal semasa sambutan Krismas.
"Masyarakat kita patut meneruskan hala tuju berteraskan kepercayaan dan kebaikan. Tanpa mengira bangsa atau fahaman agama, kita perlu menjalani kehidupan dengan merendah hati dan kasih sayang, 'katanya.
Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel berharap semoga golongan yang kurang bernasib baik seperti anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya dan mereka yang hidup dalam kemiskinan, tidak dilupakan.
"Kita harus, jika mungkin, menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Kita harus berusaha untuk menarik mereka menikmati suasana gembira ini," katanya sambil menambah bahawa rakyat Malaysia juga harus memaafkan pihak yang melakukan kejahatan terhadap mereka dan belajar untuk hidup dalam harmoni.
Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar juga menyeru masyarakat berbilang kaum di negara ini supaya meluangkan masa untuk mengunjungi rakan mereka dalam semangat 1Malaysia semasa musim perayaan Krismas ini.
Bernama
Wed Dec 24 2014
Tanpa mengira etnik, budaya atau agama, rakyat Malaysia menghormati perayaan agama satu sama lain atas semangat perpaduan- Najib Tun Razak
AWANI Borneo [26/12/2024] - Amaran hujan lebat | Lahirkan graduan berkemahiran tinggi | Kadar premium kekal
AWANI Borneo Khamis, 26 Disember 2024 bersama Assim Hassan
Banjir diramal melanda beberapa bahagian di Sabah bermula Sabtu.
i-CATS sasar jadi universiti penuh menjelang 2026.
Program Tarif Elektrik Hijau akan diteruskan pada 2025.
Banjir diramal melanda beberapa bahagian di Sabah bermula Sabtu.
i-CATS sasar jadi universiti penuh menjelang 2026.
Program Tarif Elektrik Hijau akan diteruskan pada 2025.
Pesilat Muda Sarawak cipta kejutan di Abu Dhabi
Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) menganjurkan majlis penghargaan buat pesilat muda berbakat dari Marudi, Ummi Masitah Hassan.
DAPSY gesa kelemahan dalam SCHB ditangani
Kerajaan Sarawk digesa segera menangani kelemahan dalam Skim Faedah Kesihatan Warga Emas (SCHB) susulan berlakunya tuntutan tanpa pengesahan yang mengakibatkan seorang warga emas kehabisan RM500 nilai bantuan tanpa pengetahuan.
i-CATS sasar jadi universiti penuh menjelang 2026
i-CATS `merancang memperkenalkan program akademik baharu yang selari dengan teknologi canggih seperti hidrogen, bio-terma, tenaga boleh diperbaharui, dan kecerdasan buatan.
Selesema burung ancam California dengan peningkatan kes babitkan manusia
Virus yang biasanya dikenali sebagai selesema burung itu menjangkiti 659 daripada 984 operasi tenusu di California sejak Ogos.
Banjir diramal melanda beberapa bahagian di Sabah
Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), ramalan banjir di Sabah dijangka berlarutan selama tiga hari bermula 28 hingga 30 Disember 2024.
Lelaki kelelahan di Bukit Kanada diselamatkan
Lelaki berusia 25 tahun itu ditemui dalam keadaan lelah disebabkan penyakit asma yang dihidapinya.
Nahas pesawat Azerbaijan Airlines: Ini fakta anda perlu tahu
Sekurang-kurangnya 38 orang terkorban selepas sebuah pesawat milik Azerbaijan Airlines terhempas di bandar Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Nahas pesawat: Kedutaan Azerbaijan di Malaysia buka nota takziah
Ucapan takziah juga boleh disampaikan secara bertulis melalui e-mel kepada kedutaan di kualalumpur@mission.mfa.gov.az.
Kerja pembersihan tumpahan minyak di Lebuhraya Karak dijangka selesai petang ini - Exco
Tumpahan minyak masuk ke dalam longkang berhampiran dan mengalir ke anak Sungai Gombak, menjejaskan bekalan air mentah Loji Rawatan Air Sungai Gombak.
Biarlah alasan tarik diri jadi rahsia Kayveas sendiri
Impian Tan Sri M Kayveas untuk 'duduk' di kerusi Cameron Highlands sudah sedia diketahui semua sejak dahulu lagi.
Pemuda MIC puji kempen balik mengundi oleh orang awam
Menurut Ketua Pemuda MIC, Datuk Sivarraajh Chandran ini menunjukkan kesedaran demokrasi sudah wujud di Malaysia terutama sekali orang muda.
MIC yakin kerusi Cameron Highlands miliknya
MIC yakin parti itu kekal bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Presidennya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
MYPPP serah PM tentukan calon Cameron Highlands
Parti komponen Barisan Nasional (BN), MyPPP menyerahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan bagi menentukan calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada P
Ahmad Zahid: Hormati keputusan pembahagian kerusi dan calon PRU14
Ahmad Zahid berkata, Datuk Seri Najib Razak dan beliau akan meneliti setiap calon yang dikemukakan oleh parti komponen dengan keputusan muktamad akan dibuat oleh Najib, selaku Pengerusi BN.
Kerusi PRU14: MyPPP sedia bincang dengan MIC
MyPPP bersedia mengadakan perbincangan dengan MIC berhubung pertukaran kerusi pada Pilihan Raya Umum K-14 (PRU14) akan datang
MyPPP sedia tukar dua kerusi atas semangat kerjasama BN - Kayveas
MyPPP bersedia menukar dua kerusi tradisinya dengan parti komponen BN yang lain pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) atas semangat kerjasama dan perpaduan, kata Presidennya Tan Sri M. Kayveas.
Subramaniam tidak pernah bertemu Palanivel bincang krisis MIC
Datuk Seri Dr S. Subramaniam menegaskan beliau tidak pernah bertemu Datuk Seri G. Palanivel untuk membincangkan krisis MIC secara terperinci.
Palanivel namakan penyandang jawatan MIC Selangor
Anggota jawatankuasa pusat K Partiban dilantik semula sebagai setiausaha, Datuk S M Muthu sebagai penolong setiausaha, N Rawisandaran sebagai bendahari dan Awtar Singh sebagai ketua penerangan.
G. Palanivel ke Indonesia bincang isu jerebu
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel akan ke Indonesia bagi menemui rakan sejawatnya esok.