Parti komponen Barisan Nasional (BN) harus menghormati keputusan pucuk pimpinan dalam menentukan pembahagian kerusi dan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan beliau akan meneliti setiap calon yang dikemukakan oleh parti komponen dengan keputusan muktamad akan dibuat oleh Najib, selaku Pengerusi BN.
"Kerusi yang diperuntukan kepada sesebuah parti adalah lebih baik jika parti lain tidak ganggu walaupun hasrat itu baik.
"Kita tahu setiap parti komponen diberikan peluang berdasarkan kriteria namun kita harus menghormati lain agar tiada parti yang terguris," katanya ketika diminta mengulas isu perebutan kerusi Parlimen Cameron Highlands antara Parti Progresif Penduduk (MyPPP) dan MIC dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.
BACA: MIC nasihat Kayveas bertanding di Pagoh
Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas telah menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands itu yang kini disandang bekas presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel.
Semalam, dilaporkan bahawa Kavyeas ingin bertemu dengan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam bagi berbincang mengenai isu calon di kerusi itu.
--BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2017

Ahmad Zahid menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Datuk Seri Mustafa Ibrahim yang bersara pada Majlis Perhimpunan Bulanan KDN di Putrajaya, hari ini. --fotoBERNAMA
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Wang, jongkong emas disita SPRM tiada kaitan dengan dana politik UMNO - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menyerahkan kepada SPRM untuk mengambil tindakan susulan.

Hi-TVET diperkasakan, tumpu robotik, IoT, AI - Ahmad Zahid
Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Aras Tinggi (Hi-TVET) terus diperkasakan dengan memberi tumpuan kepada robotik, Internet benda (IoT), kecerdasan buatan (AI) serta pengenalan kep

Kerajaan perluas program jualan murah sempena Aidilfitri
Mesyuarat NACCOL membincangkan peningkatan inflasi kos perubatan dan langkah-langkah untuk mengekang kenaikan premium Takaful Perubatan dan Kesihatan.

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

FELCRA Bhd catat untung boleh agih akhir 2024 berjumlah RM192.51 juta - Ahmad Zahid
FELCRA Bhd meraih keuntungan boleh agih bagi tempoh akhir 2024 berjumlah RM192.51 juta menerusi Projek Peserta FELCRA, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kerajaan tegas tangani isu agama, pastikan keharmonian terpelihara - Ahmad Zahid
"Kita yakin Kerajaan MADANI berpegang kepada perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."

Warga MARA perlu jadi pemikir strategik bukan sekadar pentadbir - Ahmad Zahid
Ia bagi memastikan perjuangan Bumiputera kekal relevan dan berdaya saing.

Ahmad Zahid, Fadillah ucap selamat menyambut Ramadan, ajak kurangkan pembaziran
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam di seluruh negara yang akan memulakan ibadah puasa esok.