MENTERI Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin (KJ), memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia sekiranya mempunyai kekurangan dan kesilapan sepanjang menggalas mandat yang diberikan selama lima tahun lalu sebagai menteri.
Menerusi entri di Instagram (IG), KJ mengakui telah melakukan terbaik dalam menggalas tanggung jawab yang telah diberikan sepanjang tempoh berkhidmat.
"Sempena mesyuarat Jemaah Menteri terakhir saya pagi tadi (Jumaat), saya dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia untuk sebarang kekurangan, kelemahan dan kesilapan selama saya menggalas mandat dan amanat anda sepanjang lima tahun yang lalu.
"Saya telah cuba dengan sedaya upaya dan kudrat yang ada untuk memberikan yang terbaik, berpedomankan kecintaan tidak berbelah bahagi kepada Negara serta hasrat dan cita-cita menggunung untuk sama-sama melahirkan Malaysia yang lebih baik, demi setiap daripada anak bangsanya.
"I am old fashioned. Selepas selesai mesyuarat pagi tadi, saya menunggu sehingga YAB Perdana Menteri meninggalkan bilik mesyuarat untuk bersalam dengan beliau dan menzahirkan rasa terima kasih atas kepercayaan yang telah beliau berikan - 'thank you Sir, for giving me the honour of serving the country for the last five years.' Sesungguhnya, ia merupakan penghormatan terbesar yang pernah saya terima untuk seumur hidup saya," tulisnya.
Pada Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan tarikh pembubaran parlimen iaitu pada 7 April 2018 (Sabtu).
Untuk perkembangan lain, jangan lupa untuk menyaksikan Astro Awani (Saluran 501) untuk mengetahui berita terkini mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Gempak
Sun Apr 08 2018
![Telah cuba sedaya upaya berikan yang terbaik, KJ mohon maaf pada semua rakyat Malaysia Telah cuba sedaya upaya berikan yang terbaik, KJ mohon maaf pada semua rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/61523148521_KJMohonMaaf.jpg)
KHAIRY: Saya telah cuba dengan sedaya upaya dan kudrat yang ada untuk memberikan yang terbaik, berpedomankan kecintaan tidak berbelah bahagi kepada Negara. Foto Astro GEMPAK
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Orang ramai diminta rujuk buku panduan JaPen mengenai tatacara betul kibar Jalur Gemilang Orang ramai diminta rujuk buku panduan JaPen mengenai tatacara betul kibar Jalur Gemilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689927572_TBJalurGemilang.jpg)
Orang ramai diminta rujuk buku panduan JaPen mengenai tatacara betul kibar Jalur Gemilang
JaPen meminta orang ramai merujuk buku panduan 'Bendera Kita Jalur Gemilang' bagi mengetahui tatacara mengibarkan Jalur Gemilang.
![Jatuh talak satu, Nora Ariffin sah bercerai Jatuh talak satu, Nora Ariffin sah bercerai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723470062_nora.jpg)
Jatuh talak satu, Nora Ariffin sah bercerai
Penyanyi Datuk Nora Ariffin, 51 diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli pada Isnin.
![Turkiye tarik balik larangan kepada Instagram Turkiye tarik balik larangan kepada Instagram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722593168_benderaturkiyelog.jpg)
Turkiye tarik balik larangan kepada Instagram
Turkiye pada Sabtu telah memulihkan akses kepada platform media sosial popular Instagram selepas lebih seminggu dengan menyatakan Meta menerima syarat Ankara mengenai pemadaman kandungan.
![Instagram kini sokong 20 gambar dalam satu perkongsian Instagram kini sokong 20 gambar dalam satu perkongsian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723175890_INSTAGRAM.jpg)
Instagram kini sokong 20 gambar dalam satu perkongsian
INSTAGRAM kini mengemas kini penawaran perkhidmatan perkongsian gambar pada platform mereka, membolehkan pengguna memilih untuk berkongsi sehingga 20 gambar dalam satu perkongsian.
![Laporan permohonan maaf Meta kepada PM Anwar dapat perhatian dunia Arab Laporan permohonan maaf Meta kepada PM Anwar dapat perhatian dunia Arab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722397181_IsmailHaniyeh.jpg)
Laporan permohonan maaf Meta kepada PM Anwar dapat perhatian dunia Arab
Laporan Meta Platforms memohon maaf kepada Anwar Ibrahim mendapat liputan meluas media di negara Arab dan berbahasa Arab.
![PM terima permohonan maaf Meta - Fahmi PM terima permohonan maaf Meta - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722417455_TBPOSTREMOVE.jpg)
PM terima permohonan maaf Meta - Fahmi
Anwar Ibrahim sudah menerima permohonan maaf daripada Meta Platforms Inc (Meta) berhubung tindakan menurunkan kandungan berkaitan isu Palestin di akaun Facebook dan Instagram milik beliau.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Empat wanita ditahan disyaki jual lencana kereta guna nama kerabat diraja Kelantan Empat wanita ditahan disyaki jual lencana kereta guna nama kerabat diraja Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717604362_TBXAKIHARUN.jpg)
Empat wanita ditahan disyaki jual lencana kereta guna nama kerabat diraja Kelantan
Polis menahan empat wanita tempatan dan memburu seorang lelaki disyaki menjual dan menyalahgunakan lencana kereta menggunakan nama 'Raja Kelantan Asal Bentara Setia Paduka Raja'.
![Akaun Instagram ibu Zayn Rayyan 'lesap' Akaun Instagram ibu Zayn Rayyan 'lesap'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717287750_instagram.jpg)
Akaun Instagram ibu Zayn Rayyan 'lesap'
Akaun media sosial milik ibu kepada Zayn iaitu Ismanira Abdul Manaf, menjadi tumpuan netizen bagi melihat hantaran terkini.
![Anda kini boleh label kandungan dijana AI pada Facebook, Instagram Anda kini boleh label kandungan dijana AI pada Facebook, Instagram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716867358_FacebookInstagram.jpg)
Anda kini boleh label kandungan dijana AI pada Facebook, Instagram
Sistem Meta sendiri akan mengimbas mengikut pelbagai piawaian penjana kecerdasan buatan.