Lafaz cerai itu dibuat oleh Rushdi menerusi rakaman video yang dikongsikan oleh penyanyi itu dalam Instagram.
"Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah," lafaznya.
Nora mendirikan rumah tangga dengan Rushdi yang juga seorang Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul di Universiti Malaya dalam satu majlis pada 2021.
Sebelum ini, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Astro AWANI sedang cuba mendapatkan kenyataan daripada penyanyi kelahiran Kelantan itu tentang punca penceraian tersebut.