Ini adalah penambahan berganda berbanding hanya 10 gambar sahaja sebelum ini pada sesuatu perkongsian.
Dengan langkah ini, lebih banyak gambar berkenaan sesuatu perkara atau peristiwa boleh dikongsikan dan disimpan melalui Instagram.
Ini juga akan memudahkan sekiranya anda mengajak rakan atau keluarga untuk berkolaborasi untuk sesuatu perkongsian – di mana masing-masing boleh berkongsi lebih gambar.
Ciri baharu Instagram ini diperkenalkan secara berperingkat untuk semua bermula hari ini.
Untuk makluman, sebagai perbandingan, TikTok menyokong sehingga 35 gambar untuk sesuatu perkongsian melalui aplikasi itu. - Sinar Harian