KUALA LUMPUR: Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan agar proses pilihan raya di negara ini dilaksanakan secara bebas dan adil bagi menjamin kesuburan amalan demokrasi.
Dalam memastikan perkara itu, Sultan Perak bertitah, Suruhanjaya Pilihan Raya melalui petugas pilihan raya hendaklah memainkan peranan dalam membantu calon yang berhasrat untuk bertanding dan rakyat yang mahu mengundi.
Titah baginda, ia bermula daripada proses dan prosedur yang dipermudahkan sehinggalah kepada penetapan tarikh, tempat serta waktu pilihan raya dilangsungkan.
"Oleh itu SPR wajib pada setiap masa bersikap berkecuali - tanpa memihak dan kelihatan secara nyata tanpa ragu bersikap berkecuali - tanpa memihak.
"Secara umumnya, istilah pilihan raya yang bebas dan adil merujuk kepada pilihan raya yang berkala, tulen, bersih, telus, serta kompetitif, selaras dengan prinsip-prinsip demokrasi, hak asasi manusia dan keadilan asasi.
"Pilihan Raya yang bebas dan adil membolehkan semua warganegara, parti, calon dan media menikmati hak asasi mereka, merangkumi kebebasan bersuara, berpersatuan, bergerak dan berhimpun; bebas daripada ugutan, bebas dari tekanan dan bebas dari keganasan; serta bebas mendapat akses kepada maklumat dan kemudahan media.
"Pilihan raya yang bebas dan adil memastikan bahawa semua calon dan semua parti bersaing berasaskan layanan yang saksama, berpandukan undang-undang, dalam gelanggang dan padang permainan yang sama rata," titah baginda.
BACA: Undi18: Bukan sekadar beri hak, tetapi peluang lebih besar anak muda memilih pemimpin, corak kerajaan - Sultan Nazrin
BACA: Pelancaran buku Pilihan Raya - Demokrasi Malaysia: Teks penuh titah Sultan Nazrin
Sultan Nazrin bertitah demikian ketika berkenan melancarkan buku 'Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang, Tadbir' di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Berucap lanjut, Sultan Nazrin bertitah di bawah prinsip tersebut perlu ada pemisahan yang jelas antara badan kerajaan dan parti politik, dan garis panduan yang menetapkan kemudahan awam serta sumber yang tidak boleh digunakan secara tidak adil.
Tambah baginda, pilihan raya yang bebas dan adil turut perlu melindungi hak semua rakyat untuk mendapat keadilan dan hak untuk mengundi secara rahsia.
"Pilihan raya yang dilaksanakan secara bebas dan adil akan meningkatkan keyakinan pengundi yang diperlihatkan melalui peratusan tinggi rakyat yang turun mengundi.
"Pelaksanaan pilihan raya yang bebas dan adil akan menjadi penanda aras ketulenan dan kayu ukur kesungguhan budaya demokrasi yang diamalkan oleh sesebuah negara.
"Sesuatu pilihan raya yang dilaksanakan secara bebas dan adil bukan sahaja berjaya meningkatkan keyakinan dan penyertaan rakyat, malah menjadi satu piawaian antarabangsa akan tahap keutuhan hak asasi seseorang warganegara," titah Sultan Nazrin lagi.
Dalam masa yang sama, baginda bertitah cara sesuatu pilihan raya dikendalikan juga mencerminkan tahap pemikiran, intelek, kematangan, meluhurkan perlembagaan serta mendaulatkan undang-undang.
Selain itu, ia melambangkan tahap integriti, keikhlasan serta amalan ketelusan pentadbiran sesebuah negara, titah Sultan Nazrin.
"Istilah bebas dan adil, walaupun mudah disebut, tetapi menghadapi piawaian paling rumit dan kompleks untuk dicapai dan diamalkan.
"Terdapat piawaian antarabangsa yang menyediakan garis panduan kriteria bebas dan adil dalam amalan pilihan raya. Istilah bebas dan adil, digunakan secara rasmi dalam dokumen antarabangsa pada tahun 1994, apabila Inter-Parliamentary Union (IPU) menerima pakai Deklarasi Kriteria Pilihan Raya Bebas dan Adil.
"Pengisytiharan tersebut menegaskan bahawa di mana-mana negeri, pihak berkuasa kerajaan mestilah berasal daripada kehendak rakyat yang diterjemahkan melalui pilihan raya yang tulen, bebas dan adil, yang diadakan secara berkala berdasarkan hak mengundi secara bebas, sama rata dan rahsia," titah Sultan Nazrin.
Antara aspek lain yang turut disentuh oleh Sultan Nazrin dalam ucapan baginda ialah Keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR); Tanggungjawab politik; Tanggungjawab Membina Negara-Bangsa; serta Majlis Raja-Raja.
Hasimi Muhamad
Mon Mar 21 2022
Sultan Perak bertitah, Suruhanjaya Pilihan Raya melalui petugas pilihan raya hendaklah memainkan peranan dalam membantu calon yang berhasrat untuk bertanding dan rakyat yang mahu mengundi. - fotoBERNAMA
Imigresen tumpaskan sindiket penyeludupan orang di Kelantan
Enam warga Thailand, termasuk dalang utama rangkaian sindiket penyeludupan manusia di Kelantan ditahan dalam operasi khas yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia di sekitar Rantau Panjang pada Rabu lepas.
Jenayah: Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Tindakan dua lelaki mencuri kabel pencawang elektrik milik syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) membawa padah apabila terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Seksyen 6 di Shah Alam, pada Jumaat.
Bencana Banjir: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 809 orang daripada 205 keluarga di enam negeri setakat jam 6 pagi, pada Sabtu.
ASEAN: Mesyuarat Menteri Pengangkutan terima inisiatif kukuh kerjasama
Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN (ATM) ke-30 yang menutup tirai pada Jumaat, menerima pakai inisiatif penting untuk meningkatkan keterhubungan, kemampanan dan inovasi dalam sektor pengangkutan ASEAN, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Jenayah perang di Gaza: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
OIC sifatkan waran itu "langkah penting ke arah menamatkan 'kekebalan daripada hukuman' yang dinikmati pegawai Israel selama beberapa dekad."
Malaysia sedia perkukuh komuniti ASEAN - Mohamad
Malaysia akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks sepanjang kepengerusiannya pada 2025, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Sultan Nazrin lancar buku Tun Abdul Razak mengenai visi untuk Malaysia
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melancarkan buku bertajuk Tun Abdul Razak: Imagining Malaysia's Future Through His Lenses.
Isu kaum dan agama ancam perpaduan, perlu segera dibendung, titah Sutan Nazrin
Apabila agama dan kaum dijadikan 'mata wang yang sah' untuk meraih laba politik, retorik-retorik atas nama agama yang keterlaluan semakin dicetuskan, titah Sultan Nazrin.
Penumpuan kuasa, kelemahan institusi punca tercicir keadilan - Sultan Nazrin
Penumpuan kuasa dan kelemahan ketara mana-mana institusi berkenaan juga mendorong kepada penyalahgunaan kuasa dan mengakibatkan perpecahan rakyat.
Sultan Nazrin berkenan biaya hidangan tengah hari kepada 7,800 prospek di Perak
Sultan Perak berkenan membiayai hidangan makanan tengah hari kepada 7,800 prospek yang sedang menjalani hukuman di penjara, pusat koreksional dan pusat pemulihan akhlak di Perak.
PM Anwar rafak sembah ucapan tahniah Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak
Anwar doakan semoga baginda dan Raja Permaisuri serta seluruh kerabat diraja dianugerahkan keafiatan, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah.
Raja ilmuan berjiwa rakyat
Kesarjanaan Sultan Nazrin bukan sahaja dikagumi rakyat negara ini, malah turut disanjung masyarakat antarabangsa.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dahului senarai penerima darjah, pingat kebesaran Perak
Syed Danial, 80 tahun, dianugerahkan darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Sultan Nazrin berkenan sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak 2024
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Perak 2024 hari ini.
Sultan Nazrin berkenan pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267 di Istana Negara hari ini.
Majlis Raja-Raja ke-267 bermula esok
Majlis Raja-Raja ke-267 akan berlangsung selama dua hari bermula esok dan dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.