JELI: Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik mengesahkan sudah menerima peruntukan RM300,000 daripada kerajaan Persekutuan selepas menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, wang itu dikreditkan ke akaun Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jeli pada Rabu dan akan digunakan untuk membiayai keperluan rakyat di kawasan berkenaan bagi tempoh dua bulan.
“Peruntukan ini akan digunakan untuk program komuniti dalam masyarakat, bantuan untuk pesakit kronik, agihan makanan dan persiapan banjir.
“Setiap ahli Parlimen akan peroleh sebanyak RM3 juta setahun jadi tahun ini tinggal lagi RM300,000 dan saya akan dapat lagi untuk Januari tahun depan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jeli di sini pada Khamis.
BACA: Sokong PM: Ahli Parlimen Jeli nafi terima rasuah, ugutan ‘broker politik’
Ujar beliau, penyaluran peruntukan untuk ahli Parlimen penting bagi membolehkan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dilaksanakan dengan berkesan seperti yang diharapkan rakyat di Jeli.
Katanya, sejak memenangi kerusi Jeli pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada November tahun lalu, banyak permohonan rakyat di Parlimen itu sukar ditunaikannya disebabkan kekangan peruntukan.
"Setahun tempoh menjadi wakil rakyat, sudah rugi begitu sahaja.
"Tak dapat buat apa-apa sebab tak ada peruntukan.
“Saya rasa sedih dan malu berdepan dengan rakyat serta berazam baki lagi empat tahun ini, saya perlu pastikan buat sesuatu untuk mereka,” kata beliau.
Menurut Zahari, beliau akan kekal dengan keputusan untuk menyokong kerajaan Persekutuan pimpinan Anwar walaupun menerima pelbagai tomahan dan kecaman.
“Saya lakukan ini kerana melihat keperluan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat yang sudah mengundi saya.
“Tahun ini rakyat Jeli sudah ketinggalan dan akan lebih teruk dalam empat tahun lagi, jika tindakan ini tidak dilakukan.
“Saya meletakkan keutamaan kepentingan rakyat dan tidak kisah diri sendiri dikecam kerana dalam jangka panjangnya rakyat sendiri akan mendapat faedah,” kata beliau.
Sebelum ini, Zahari antara empat ahli Parlimen Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyatakan pendirian itu selepas Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim; Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Nov 16 2023

Zahari berkata, peruntukan itu akan digunakan untuk program komuniti, bantuan untuk pesakit kronik, agihan makanan dan persiapan banjir. - Gambar/ Sinar Harian

Perhilitan tangkap gajah liar di Jeli
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor gajah jantan di Kampung Bukit Tok Ali, Kuala Balah, Jeli Ahad lepas.

Ringgit naik 0.24 peratus berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, naik 0.24 peratus kepada 4.4330/4400 daripada 4.4450/4490 pada Isnin lepas.
AWANI Ringkas: Skim harga barangan berkuat kuasa 24 Mac
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 19 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 19 Mac 2025
1️⃣ Skim harga barangan berkuat kuasa 24 Mac
2️⃣ RUU Majlis Media Malaysia dilulus
3️⃣ Datuk Bandar Istanbul ditahan atas dakwaan rasuah
#awaniringkas
1️⃣ Skim harga barangan berkuat kuasa 24 Mac
2️⃣ RUU Majlis Media Malaysia dilulus
3️⃣ Datuk Bandar Istanbul ditahan atas dakwaan rasuah
#awaniringkas
AWANI 7:45 [19/3/2025] – Cadangan hadkan tempoh jawatan PM| Lonjakan trafik sempena Aidilfitri| 26 barangan SHMMP Aidilfitri
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Irfan Faruqi
1. Pagi DNAA, petang didakwa, warga emas insiden tampar mengaku tidak salah
2. Cadangan hadkan tempoh jawatan PM 10 tahun diteliti Kabinet
3. Siap siaga para perantau, lebih 2 juta kenderaan pulang Aidilfitri
4. Selepas sembilan bulan, angkasawan Nasa akhirnya kembali ke bumi
1. Pagi DNAA, petang didakwa, warga emas insiden tampar mengaku tidak salah
2. Cadangan hadkan tempoh jawatan PM 10 tahun diteliti Kabinet
3. Siap siaga para perantau, lebih 2 juta kenderaan pulang Aidilfitri
4. Selepas sembilan bulan, angkasawan Nasa akhirnya kembali ke bumi

JAKIM anjur solat hajat solidariti Palestin hingga akhir Ramadan
JAKIM akan menganjurkan solat hajat setiap malam di tiga masjid utama di bawah seliaannya bermula hari ini hingga akhir Ramadan.

Pesara rugi hampir RM400,000 akibat penipuan dalam talian
Mangsa membuka akaun perniagaan dalam talian menerusi aplikasi Amazon dan TikTok setelah diperkenalkan oleh seorang individu melalui WhatsApp.

PM Thailand arah tindakan tangani jerebu teruk di Chiang Mai
Dalam satu hantaran di X, Paetongtarn berkata kerajaan telah memantau dengan teliti masalah jerebu di wilayah utara negara itu.

Aidilfitri: Bomba kenal pasti 12 lokasi berisiko di PLUS dan LPT
Matlamat utama JBPM adalah untuk sampai ke lokasi berlaku kemalangan tidak lewat dari setengah jam setelah berlaku sebarang insiden.

Didi & Friends bersama Hawa Rizwana dalam ‘WiFi Kencang Tak Sangkut-Sangkut’
Astro Fibre turut melancarkan lagu khas untuk mengajar kepentingan rangkaian WiFi yang pantas dan stabil di rumah.

Sokong PM: Ahli Parlimen Jeli sahkan terima peruntukan RM300,000
Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik mengesahkan sudah menerima peruntukan RM300,000 daripada kerajaan Persekutuan selepas menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sokong PM: Ahli Parlimen Jeli nafi terima rasuah, ugutan ‘broker politik’
Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik menafikan menerima rasuah mahupun ugutan daripada broker politik atas keputusan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pendekatan baharu tangani miskin tegar diperkenal akhir April ini - Mustapa
Kerajaan akan memperkenalkan pendekatan baharu yang lebih holistik dan komprehensif bagi menangani isu miskin tegar selewat-lewatnya akhir April ini.

Dakwaan Tok Pa langgar SOP: Kertas siasatan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya
Keterangan Mustapa serta enam yang lain termasuk individu yang membuat hantaran itu diambil bermula tengah hari hingga petang kelmarin.

Tiada perbincangan mengenai rombakan kabinet - Guan Eng
Kabinet tidak dimaklumkan kemungkinan akan berlaku rombakan dalam masa terdekat ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Tun M suka Tok Pa masuk Bersatu
Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa gembira selepas menerima masuk Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed ke dalam partinya.

Mustapa Mohamed sertai Bersatu
Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), selepas keluar dari UMNO pada 18 September lalu.

Tok Pa sahkan beliau dipanggil polis
Datuk Seri Mustapa Mohamad yang Juga Ahli Parlimen Jeli mengesahkan bahawa beliau telah dipanggil oleh pihak polis berhubung dana yang diterima oleh Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Pengunduran Tok Pa, pengakhiran UMNO - Syed Saddiq
Syed Saddiq berkata Mustapa adalah antara pemimpin UMNO yang beliau paling hormati sejak dari dahulu sehingga kini, dan beliau masih mengagumi ketokohan Ahli Parlimen Jeli itu.

Tok Pa tahu apa yang dia buat - Datuk Alwi
Datuk Mustapa adalah seorang yang bijak dan semua tindakannya pasti ada kepentingan untuk UMNO.