Kabinet tidak dimaklumkan kemungkinan akan berlaku rombakan dalam masa terdekat ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau turut menolak laporan beberapa media yang mengatakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed akan kembali menganggotai barisan kabinet.
Jelas Setiausaha Agung DAP itu lagi, pertemuan antara menteri dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam hanyalah berkaitan aturan urusan kerajaan.
“Mungkin (anda) merujuk pada perjumpaan Tun dengan Menteri Menteri kerajaan semalam, itu berkaitan dengan urusan kerajaan. Tak ada kaitan dengan apa yang disebut oleh anda (pelantikan Mustapha). Tak dibincang langsung.
BACA: Rombakan Kabinet: Tok Pa dilantik jadi menteri?
“Semalam adalah perjumpaan antara pemimpin utama kerajaan, bukan dengan ketua-ketua parti,” katanya kepada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Kumpulan Fokus Belanjawan 2020 dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, di sini hari ini.
Semalam beberapa media memetik sumber kerajaan sebagai berkata, Ahli Parlimen Jeli itu akan dilantik mengganggotai Kabinet dalam masa terdekat.
Menurut sumber itu, Mustapa akan menjawat jawatan menteri penuh di kementerian yang masih tidak dapat dipastikan.
Dalam sidang media yang sama, Zuraida turut mengesahkan perlantikan Tok Pa atau rombakan kabinet tidak dibincangkan sama sekali dalam tempoh kebelakangan ini.
Firdaus Azil
Thu Aug 22 2019

Jelas Guan Eng, pertemuan antara menteri dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam hanyalah berkaitan aturan urusan kerajaan. - Gambar fail

Pengerusi baharu PSM dijangka diumum esok - Iliyas Jamil
Keputusan siapa yang akan menyandang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) baharu bagi menggantikan Datuk Hans Isaac dijangka akan diketahui esok.

Dua lelaki didapati bersalah curi tandas emas di Istana Blenheim
Dua lelaki didapati bersalah mencuri tandas emas bernilai 4.75 juta pound (AS$6.17 juta) dari Istana Blenheim di selatan England.

Anwar arah Kabinet teliti cadangan had tempoh jawatan PM - Fahmi
Cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun akan diteliti oleh Kabinet,

Lima didenda RM3,000 kemuka maklumat palsu untuk dapatkan sijil kelahiran bayi
Lima individu masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini, selepas mengaku bersalah mengemukakan maklumat palsu semasa mendaftar kelahiran lima bayi.

ASEAN perku kekal aman, berkecuali untuk tarik lebih banyak pelabur - Johari
Perkara itu penting kerana tidak ada pihak yang mahu melabur di kawasan bergolak dan susah untuk melakukan perniagaan.

Tun Ameerul Luqman juarai Jelajah PBA dengan perbelanjaan sendiri
Pengorbanan jaguh tenpin boling negara Tun Ameerul Luqman Al-Hakim Tun Hasnul Azam yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri demi bersaing wajar diberi pujian penuh.

Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas lebih 6 jam rakam percakapan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari ibu pejabat SPRM, di Putrajaya, pada pukul 4.35 petang selepas memberi keterangan lebih 6 jam pada Rabu.

Sri Pahang, Kedah masih belum terkubur
Sri Pahang, Kedah masih belum terkubur

Santan, dua jenis bawang India dalam Skim Kawalan Harga sempena Aidilfitri 2025
Sebanyak 26 jenis barangan telah dimasukkan ke dalam senarai skim tersebut, termasuk bawang kecil India, barang kecil ros India, dan santan.

Hujan berterusan di empat negeri - MetMalaysia
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri hingga Jumaat ini.

Sokong PM: Ahli Parlimen Jeli sahkan terima peruntukan RM300,000
Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik mengesahkan sudah menerima peruntukan RM300,000 daripada kerajaan Persekutuan selepas menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sokong PM: Ahli Parlimen Jeli nafi terima rasuah, ugutan ‘broker politik’
Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik menafikan menerima rasuah mahupun ugutan daripada broker politik atas keputusan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pendekatan baharu tangani miskin tegar diperkenal akhir April ini - Mustapa
Kerajaan akan memperkenalkan pendekatan baharu yang lebih holistik dan komprehensif bagi menangani isu miskin tegar selewat-lewatnya akhir April ini.

Dakwaan Tok Pa langgar SOP: Kertas siasatan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya
Keterangan Mustapa serta enam yang lain termasuk individu yang membuat hantaran itu diambil bermula tengah hari hingga petang kelmarin.

Tiada perbincangan mengenai rombakan kabinet - Guan Eng
Kabinet tidak dimaklumkan kemungkinan akan berlaku rombakan dalam masa terdekat ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Tun M suka Tok Pa masuk Bersatu
Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa gembira selepas menerima masuk Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed ke dalam partinya.

Mustapa Mohamed sertai Bersatu
Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), selepas keluar dari UMNO pada 18 September lalu.

Tok Pa sahkan beliau dipanggil polis
Datuk Seri Mustapa Mohamad yang Juga Ahli Parlimen Jeli mengesahkan bahawa beliau telah dipanggil oleh pihak polis berhubung dana yang diterima oleh Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Pengunduran Tok Pa, pengakhiran UMNO - Syed Saddiq
Syed Saddiq berkata Mustapa adalah antara pemimpin UMNO yang beliau paling hormati sejak dari dahulu sehingga kini, dan beliau masih mengagumi ketokohan Ahli Parlimen Jeli itu.

Tok Pa tahu apa yang dia buat - Datuk Alwi
Datuk Mustapa adalah seorang yang bijak dan semua tindakannya pasti ada kepentingan untuk UMNO.