KUALA LUMPUR:Nama Datuk Seri Mohd Shafie Apdal adalah antara pemimpin yang disebut-sebut untuk diangkat sebagai Ketua Pembangkang yang baharu.
Namun, tidak kurang pula ada yang tidak bersetuju jika Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu menggantikan tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas alasan beliau dilihat hanya mewakili negeri Sabah dan bukan seluruh negara.
Bagi penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, beliau melihat Shafie perlu membawa perwatakan 'nasional' jika mahu diterima semua pimpinan pembangkang dan rakyat secara keseluruhannya.
Malah, hala tuju perjuangan bekas Ketua Menteri Sabah itu jelas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.
"Saya melihat ada sedikit kekurangan dari Shafie ialah beliau dilihat sebagai pemimpin yang mewakili Sabah. Kalau kita lihat dalam PRN Sabah September yang lalu, perjuangan beliau membawa kepada Sabah untuk masyarakat Sabah.
"Jadi untuk memimpin di peringkat nasional , Shafie perlu lebih menunjukkan pembawaan nasionalnya, iaitu parti yang dibawanya, Warisan perlu menjadi sebuah parti diterima seluruh rakyat Malaysia, bukan sahaja di Sabah, malah di Sarawak dan Semenanjung," katanya kepada Astro AWANI melalui Skype pada Jumaat.
Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengkaji dan menimbang cadangan-cadangan dikemukakan pemimpin gabungan parti dalam Pakatan Harapan (PH) termasuk desakan sesetengah pihak agar Ketua Pembangkang itu letak jawatan.
Pada masa sama, Dr Mazlan berkata, penampilan muka-muka baharu dalam pimpinan PH mampu mengembalikan keyakinan terhadap gabungan parti itu.
Dr Mazlan mengambil contoh negara-negara Barat yang mula memberi peluang kepada orang muda untuk duduk dalam barisan kepimpinan.
"Mungkin pembangkang hari ini boleh bentuk satu kabinet bayangan terhadap sistem politik dengan mengetengahkan pimpinan yang muda, segar dan berwajah baru dan mungkin boleh menarik sokongan rakyat.
"Kita tahu tahun depan, bulan Julai sebanyak 7.4 juta pengundi muda akan masuk dalam pasaran demokrasi di Malaysia. Bagaimanapun, saya melihat faktor politik di Malaysia ini, golongan veteran itu masih diperlukan, mereka banyak memainkan peranan. Namun beri peluang pada orang muda" ujarnya.
Rahimah Abdullah
Fri Dec 18 2020

Nama Datuk Seri Mohd Shafie Apdal adalah antara pemimpin yang disebut-sebut untuk diangkat sebagai Ketua Pembangkang yang baharu. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Rahul Gandhi ketua pembangkang parlimen India
Ahli politik terkemuka, Rahul Gandhi akan menjadi ketua pembangkang parlimen India.

ADUN Sidam dilantik Ketua Pembangkang DUN Kedah
Speaker DUN Kedah Zubir Ahmad mengumumkan pelantikan Bau Wong dari PKR itu bagi menggantikan bekas ADUN Suka Menanti Datuk Zamri Yusuf.

Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.

Tiada pihak boleh menidakkan kejayaan PN tadbir ekonomi - Hamzah
Ia merupakan pencapaian terbaik dalam kalangan negara Asia Tenggara dan membuktikan kebolehan PN menguruskan ekonomi negara.

ADUN Bersatu jadi Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan
ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang mewakili blok Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.

"Banyak fitnah ditaburkan kepada saya" - Hamzah
Ketua Pembangkang enggan layan laporan kediamannya diserbu LHDN, tegas akan ambil tindakan pada pihak yang memfitnah.

Zamri Ketua Pembangkang DUN Kedah baharu
Juhari turut memaklumkan bahawa kerusi DUN Gurun akan kekal kosong sehingga habis penggal ini.

'Selepas PRU15, Mohamad Hasan ada datang ke rumah saya' - Hamzah
Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak bercakap benar apabila menyatakan DAP lebih baik berbanding Pas.

Undi percaya: Pembangkang perlu terima hakikat, beri ruang saya pikul tugas - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata blok pembangkang perlu menerima hakikat dan memberi ruang kepada beliau untuk memikul tugas sebagai Perdana Menteri.

Kerajaan perlu saman media antarabangsa demi imej PM dan negara - Ketua Pembangkang
Kegagalan berbuat demikian, kata Hamzah, dikhuatiri meletakkan kedudukan Malaysia dalam imej tercemar ekoran berita-berita dari luar negara.