PUTRAJAYA: Semua parti politik yang menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memeterai perjanjian berhubung kerjasama dalam kerajaan pada Jumaat (esok).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang mengesahkan perkara tersebut berkata, semua ketua parti akan menandatangani perjanjian tersebut.
Beliau, bagaimanapun, tidak menjelaskan apa isi kandungan perjanjian kerjasama antara parti-parti dalam kerajaan.
“Esok akan ada upacara menandatangani satu perjanjian antara semua parti-parti yang bersetuju untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan.
“Di situ nanti (wartawan) boleh bertanya nanti apakah kandungan perjanjian tersebut. Apakah fokusnya.
“Salah satu keutamaan kita adalah berhubung kait dengan kos sara hidup,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvokesyen Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC), di sini, pada Khamis.
Menurut Fadillah lagi, pertemuan itu akan diatur Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan akan hanya diwakili ketua-ketua parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Malah, beliau akan turut menghadiri satu mesyuarat yang akan diadakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum majlis tersebut diadakan.
“Pertemuan dengan kesemua ketua parti sudah berbincang malah saya akan balik untuk adakan mesyuarat di peringkat GPS,” katanya.
Dalam pada itu, Fadillah berkata, pemotongan gaji hanya diputuskan kepada menteri sahaja dan belum lagi merangkumi pemotongan bagi timbalan menteri.
“Setakat ini diputuskan hanya menteri. Saya tidak pasti sama ada merangkumi timbalan menteri,” katanya lagi.
Pada mesyuarat Jemaah Menteri pertama yang diadakan pada 5 Disember lalu, semua jemaah bersetuju memotong gaji bulanan mereka sebanyak 20 peratus.
Astro Awani
Thu Dec 15 2022
Semua parti politik yang menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memeterai perjanjian berhubung kerjasama dalam kerajaan pada Jumaat (esok), kata Datuk Seri Fadillah Yusof. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pengawal keselamatan ditahan, kes surat palsu guna nama TPM
Seorang pengawal keselamatan ditahan berkaitan penyebaran surat palsu yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang dikesan dihantar kepada individu di Sarawak.
TPM Ahmad Zahid lakukan lawatan rasmi ke UAE bermula 13 Nov
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 13 hingga 19 November ini.
MoU peruntukan pembangkang: Hanya Muar beri jawapan, maklum balas - Fadillah
Rundingan secara kumpulan besar iaitu Perikatan Nasional (PN) sudah tertutup namun beliau terbuka sekiranya ada individu dari blok itu yang mahu berunding.
Belanjawan 2025 mengangkat martabat, junjung hak rakyat - Fadillah
Fokus utama belanjawan adalah kesejahteraan rakyat dengan tumpuan kepada perlindungan golongan rentan, menambah baik prasarana asas dan menangani ketirisan.
Ahmad Zahid tiba di China, hadiri GPSCFL esok
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Bandar Lianyungang, Wilayah Jiangsu, China hari ini bagi lawatan kerja lima hari ke republik itu hingga 12 Sept.
Fadillah tiba di Peru untuk hadiri mesyuarat menteri-menteri tenaga APEC 2024
Timbalan Perdana Menteri Fadillah akan mengetengahkan pendirian Malaysia dalam melaksanakan usaha peralihan tenaga negara.
Kematian Ismail Haniyeh kehilangan besar dunia Islam - Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian pemimpin Hamas Ismail Haniyeh sebagai satu kehilangan besar buat dunia Islam.
Banci Pertanian 2024: Pengukuhan sistem statistik pertanian negara
Pelaksanaan Banci Pertanian dapat mewujudkan kerangka data pertanian yang merangkumi pelbagai aspek.
Kerajaan komited sokong e-sukan, cadang bina stadium khas - TPM Zahid
Kerajaan menyatakan komitmen dan sokongan terhadap industri sukan elektronik (e-sukan) termasuk berhasrat memberi pengiktirafan sewajarnya.
TPM Fadillah, Ahmad Zahid ucap Selamat Hari Bapa
Timbalan Perdana Menteri Fadillah ucap Selamat Hari Bapa yang disambut hari ini kepada semua insan yang bergelar bapa.