Tidak perlu cerita banjir kilat di Pulau Pinang tetapi sebaliknya kerajaan PAS Kelantan dinasihat agar menyelesaikan segera masalah banjir besar yang melanda negeri itu saban tahun.
Nasihat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu dibuat selepas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memberi amaran supaya beliau menjaga mulut dan negeri Pulau Pinang.
Guan Eng pada masa sama kekal dengan dakwaan bahawa pembalakan dan pencerobohan hutan menjadi punca banjir di Kelantan.
“Saya rasa sebelum dia (Mohd Amar) hendak tuding jari ke atas Pulau Pinang, dia kena ingat kalau dia menuding satu jari ada empat yang menuding balik kepada beliau.
“Beliau harus ingat, masalah banjir di Kelantan bukan kerana ada banjir tetapi puncanya kerana 100 ribu hektar, hutan simpan telah diratah dan ditebang. Ini menyebabkan banjir jadi lebih serius. Selepas itu ada mangsa banjir 2014 masih belum dapat rumah,” katanya selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Lim Ah Kok dan isteri, serta dua anaknya di sini hari ini.
Keempat-empatnya meninggal dunia dalam kebakaran rumah di Subang Jaya Isnin lepas.
Setiausaha Agung DAP itu berkata, dia mengkritik pentadbiran Kelantan kerana melihat tiada langkah diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Pulau Pinang katanya diakui berdepan masalah banjir kilat , namun masalah itu telah segera diatasi.
Astro Awani
Thu Feb 09 2017
GUAN ENG: -Saya rasa sebelum dia (Mohd Amar) hendak tuding jari ke atas Pulau Pinang, dia kena ingat kalau dia menuding satu jari ada empat yang menuding balik kepada beliau." - Gambar fail
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Banjir kilat: Penduduk mahu tindakan segera
Penduduk Kampung Permatang Sungkai, Pasir Puteh menggesa pihak berwajib mengambil tindakan segera bagi menangani masalah banjir kilat yang kerap melanda kampung itu bermula awal tahun ini.
Penduduk Kuala Krai siap sedia hadapi banjir gelombang keempat
Hujan berterusan sejak dua hari lepas menyebabkan rata-rata penduduk yang menetap di kawasan rendah di Kuala Krai siap sedia hadapi banjir lagi.
Jalan Dabong-Jeli mula dibuka satu lorong - JKR
Laluan di Seksyen 73.85, Jalan Dabong - Jeli (FT066) yang terputus akibat kegagalan pembetung, dibuka secara satu lorong untuk semua jenis kenderaan ringan sahaja (maksimum hingga 20 tan) semalam.
Kos tambahan RM3.75 juta untuk selenggara Jalan Gua Musang-Kuala Krai
Kos tambahan sebanyak RM3.75 juta diperlukan bagi penyelenggaraan empat lokasi yang dikenal pasti antaranya disebabkan berlubang dan rosak di sepanjang Jalan Gua Musang-Kuala Krai (FT08).
Pejabat daerah mesti ‘buta warna’ agih bantuan banjir - Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar mengetepikan sentimen politik ketika mengagihkan bantuan banjir kepada rakyat.
7 pusat peperiksaan bakal terjejas jika banjir gelombang keempat
JPN Kelantan memaklumkan tujuh pusat peperiksaan bakal terjejas jika banjir gelombang keempat berlaku di negeri ini.
Lubang benam: Laluan KM73.850 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli ditutup
Laluan KM 73.850 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli (FT 066) berhampiran Kampung Kubur Datu di Jeli ditutup kepada semua kenderaan akibat lubang benam (sinkhole).
Kos pembinaan jalan sementara di Kampung Lata Janggut Seberang RM60,000
JKR menganggarkan kerja-kerja pembinaan jalan sementara di Kampung Lata Janggut Seberang di sini, akan menelan kos sebanyak RM60,000.
Banjir: 'Culvert 10' jadi tumpuan pemburu ikan sungai
Paras air Sungai Lachang yang mulai surut selepas banjir gelombang ketiga memberi rezeki kepada penggemar ikan sungai di sekitar Rantau Panjang.
Banjir: 1,122 mangsa berlindung di 13 PPS di 3 negeri
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri terus mencatatkan penurunan kepada 1,122 orang di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) tengah hari ini, berbanding 1,483 orang di 15 PPS pagi tadi.