KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjangkakan peristiwa ‘katak melompat’ akan berulang dalam tempoh beberapa minggu ini.

Beliau berkata, ia susulan keputusan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menunggu sehingga September sebelum Usul Percaya oleh pihak Kerajaan terhadap kepimpinannya,  dibentangkan di Dewan Rakyat.

Ahmad Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, episod ahli-ahli politik melompat parti itu, sama seperti apa yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 

“Kena tahu sifat 'katak" bukan saja-saja melompat. Sama ada cari habuan atau mahu menyelamatkan diri Sebab itu kita minta usul undi percaya atau tidak percaya di Dewan Rakyat disegerakan. Sebelum ada lagi yang terperangkap, terpedaya atau terpesona sanggup menjadi 'katak'.

“Namun ingat rakyat sedang menilai jika ada wakil rakyat yang menjadi 'katak' seterusnya. Rakyat tahu apa perlu dilakukan ke atas 'katak-katak' ini apabila tiba masa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya lagi.

 
Sumber Facebook zahidhamidi.fanpage

Biarpun tidak menamakan sesiapa, Presiden UMNO itu dipercayai merujuk kepada peristiwa di mana sejumlah Ahli-ahli Parlimen meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menyertai Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan ketika itu.

BACA: 'Ada pihak cetuskan kemelut politik, mahu saya campuri urusan mahkamah' - PM


Perdana Menteri | Ada pihak tidak senang hati


Barisan Jemaah Menteri terus berfungsi seperti biasa


[TERKINI] Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin | 04 Ogos 2021

Pada Selasa, Muhyiddin dalam Perutusan Khasnya memaklumkan, satu usul percaya terhadap beliau akan dibentangkan di Dewan Rakyat bagi menentukan keabsahan jawatannya serta kerajaan semasa.

Bagaimanapun beberapa pihak, termasuk Blok Pembangkang bertegas ia perlu disegerakan.