Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabon dari Barisan Nasional (BN) Jamawi Jaafar menegaskan beliau sudah mendapat restu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebelum mengumumkan lompat parti ke Parti Warisan Sabah (WARISAN).
Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO menjelaskan Khairy tidak menghalang keputusan dibuatnya.
Pada masa sama, beliau turut mengambil kira pandangan pengundi di kawasan DUN yang dimenanginya sebelum membuat keputusan berkenaan.
"Sebelum saya membuat keputusan saya sudah maklumkan Khairy Jamaluddin. Beliau tidak dapat menghalang. Bagi saya, kepentingan rakyat perlu dipedulikan tetapi ada banyak usaha dilaksanakan bukan sahaja untuk keperluan sistem pentadbiran telus dan sistematik tetapi juga kehendak rakyat sepenuhnya. Mungkin apa yang berlaku rakyat bagi signal pada kerajaan BN bahawa perlu ada perubahan drastik," katanya semasa program "Malaysia Memilih 2018" di Astro AWANI hari ini.
BACA: Shafie Apdal gesa Musa Aman letak jawatan
Malah, keputusan beliau melompat parti WARISAN itu juga menunjukkan perlu ada perubahan drastik di peringkat pemimpin atasan dan bawahan.
"Kami memilih untuk menyokong Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana kawasan kami dipilih ini kawasan luar bandar dan memerlukan lebih banyak pembangunan. Ia akan dapat dibela jika ada hubungan baik dengan kerajaan persekutuan," tambahnya.
BACA: Dua ADUN BN jumpa Mohd Shafie secara tertutup
Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada petang Jumaat mengumumkan enam wakil DUN BN dan Upko menyertai WARISAN.
Selain Jamawi, ADUN BN terlibat adalah Abdul Muis Pichu (Sebatik); Hamisa Samat (Tanjong Batu); dan Osman Jamal (Balung).
Sementara ADUN UPKO yang terlibat adalah Ewon Benedict (Kedamaian) dan Abidin Mandakir (Paginatan).
WARISAN bersama sekutunya PKR dan DAP kini memiliki 35 kerusi berbanding BN cuma 25 kerusi.
Rahimah Abdullah
Fri May 11 2018
Jamawi menjelaskan Khairy tidak menghalang keputusan dibuatnya. - Gambar fail
Mintak sawit Malaysia pertingkat industri minyak makan Pakistan - Johari
Johari berkata Pakistan menggunakan lebih lima juta tan minyak dan lemak setiap tahun.
BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat kebakaran besar di California
Konsulat Jeneral telah mengambil langkah proaktif bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia yang menetap di kawasan terjejas atau berhampiran.
Jabatan Imigresen nafi laksana program RTK 3.0
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan kerajaan akan melaksanakan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 3.0 (RTK 3.0) dalam masa terdekat seperti yang tular di media sosial.
Jeju Air kurangkan 1,878 penerbangan pada suku pertama 2025
Syarikat penerbangan Jeju Air merancang mengurangkan 1,878 penerbangan pada suku pertama 2025.
Data penerbangan berhenti rakam suara sebelum mendarat
Data penerbangan dan perakam suara kokpit pada pesawat Jeju Air yang terhempas pada 29 Disember lalu, berhenti merakam kira-kira empat minit sebelum pesawat itu melanggar struktur konkrit Lapangan Terbang Muan, Korea Selatan.
[TERKINI] Konsulat Jeneral sahkan tiada rakyat Malaysia terjejas
Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang laporan atau permohonan bantuan daripada rakyat Malaysia yang terjejas akibat kebakaran besar di kawasan itu.
Ibarat acara tahunan selama 25 tahun
Hujan lebat berterusan tanpa henti sejak awal pagi Jumaat menjadi antara faktor banjir melanda di Taman Aman dan Taman Mawai, Kota Tinggi, Johor.
Jumlah mangsa terjejas terus meningkat
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara terus meningkat menghampiri 2,000 orang dengan Johor menyumbang angka tertinggi.
PM nafi tumpu Pulau Pinang kerana anak jati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tumpuan yang lebih kepada Pulau Pinang kerana merupakan anak jati Pulau Mutiara itu.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.