Bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari menegaskan bahawa beliau tidak melepaskan jawatannya meskipun tidak mendapat majoriti sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebaliknya ‘diberhentikan’ pada jam 4 petang Isnin atas arahan pihak atasan.
"Semalam saya memang bertemu dengan TYT (Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob) dan untuk makluman semua, saya telah dimaklumkan tempoh perkhidmatan saya telah ‘ditamatkan’ bermula 4 petang semalam atas arahan pihak atasan.
"Itu istilah yang diberikan kepada saya, jadi saya akan merujuk balik di mana ruang sedia ada… buat masa ini saya tidak meletakkan jawatan," katanya.
Malah jelas Adly, pejabatnya telah dikemaskan pada petang semalam tanpa pengetahuannya.
Sementara itu, Adly berkata, Pakatan Harapan (PH) Melaka akan mengadakan Jelajah Rakyat di empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi PH sebelum ini iaitu Rembia, Paya Rumput, Telok Mas dan Pengkalan Batu, berikutan tindakan ADUN kerusi terbabit kini menyokong Perikatan Nasional
"Akan ada satu jelajah di Paya Rumput akan dilakukan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan kita akan teruskan lagi jelajah dalam tempoh terdekat. Ini kerana rakyat perlu dimaklumkan tentang apa yang berlaku, kenapa ia berlaku supaya mereka faham sebab kerajaan PH tidak dapat dipertahankan.
"Kita beri tumpuan di empat kawasan, kita akan pergi ke Paya Rumput, Rembia, Telok Mas dan Pengkalan Batu. Itu yang awal , selepas itu kita akan pergi ke kawasan seterusnya termasuk di Bukit Katil," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat AMANAH Negeri di Bukit Katil pada Selasa.
Ujarnya, selama setahun lapan bulan mentadbir Melaka, PH telah berjaya melaksanakan 73 peratus janji manifesto di negeri itu.
Pada Isnin, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, dalam satu sidang media memaklumkan bahawa Perikatan Nasional telah mendapat 17 sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sekaligus menyebabkan kerajaan PH di negeri itu terbubar.
Fareez Azman
Tue Mar 03 2020

ADLY (tengah): Semalam saya memang bertemu dengan TYT dan untuk makluman semua, saya telah dimaklumkan tempoh perkhidmatan saya telah ditamatkan bermula 4 petang semalam atas arahan pihak atasan. - Astro AWANI/FAREEZ AZMAN
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.

Mindef tidak bercadang perkenal model elaun kepada PLKN 3.0
Mindef tidak bercadang untuk memperkenalkan model elaun kepada peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang dijadual bermula 12 Jan depan.

Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.

Insiden buli UPNM: Kementerian Pertahanan tambah jumlah warden pantau pelajar
Kementerian Pertahanan mengambil beberapa langkah dan peraturan dalam usaha membendung insiden buli sehingga mengakibatkan kecederaan atau kematian dalam kalangan pelajar UPNM berulang.

PLKN 3.0 dilaksana bermula Januari 2025
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari tahun hadapan.

Situasi di Laut China Selatan selamat dan terkawal - Adly
Walaupun kehadiran kapal China di perairan negara mencetuskan polemik, namun sehingga hari ini mereka tidak melakukan sebarang tindakan agresif seperti dilakukan kepada negara lain.

Malaysia sering terima kunjungan kapal pertahanan dari negara luar
Malaysia sering menerima kunjungan kapal-kapal pertahanan dari negara luar sebagai sebahagian daripada hubungan bilateral.

Perjanjian jual beli saham LTAT dalam Affin Bank kepada Sarawak bakal beri impak positif
Melalui kerjasama pelaburan strategik ini, dana persaraan anggota ATM akan diuruskan dengan lebih berkesan dan efisien.

Lawatan PVM bukti kebajikan veteran dalam perhatian kerajaan - Adly
Lawatan itu bukan hanya untuk melihat perkembangan veteran ATM tetapi juga memastikan skim bantuan yang disediakan disalurkan dengan efektif.

Masyarakat diseru bantu veteran ATM daftar dengan JHEV
Kelebihan pendaftaran itu membolehkan golongan berkenaan menerima pelbagai bantuan yang disalurkan kerajaan secara lebih efektif.