Anggota Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaafar menegaskan beliau tidak berminat bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubor pada 25 September nanti.
Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Tumpat berkata, beliau berhasrat memberi laluan kepada pimpinan PAS di Dun tersebut untuk bertanding mewakili Pakatan Rakyat.
"Saya sudah menjelaskan kepada pimpinan PAS Pusat dan juga pimpinan di Kelantan bahawa saya tidak berminat untuk menjadi calon di Pengkalan Kubor.
"Pendapat saya, lebih elok pimpinan PAS di Dun tersebut diberi peluang untuk bertanding kerana mereka juga layak untuk dicalonkan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Kamaruddin juga mengucapkan terima kasih kepada pimpinan dan ahli-ahli PAS yang menamakan beliau sebagai calon untuk bertanding mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil itu nanti.
Pimpinan PAS Kelantan menimbangkan beberapa nama untuk dinamakan sebagai calon mereka antaranya Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim selain beberapa nama lain.
Sementara itu, Barisan Nasional (BN) yang akan diwakili UMNO akan mengumumkan calonnya dalam satu majlis di Pengkalan Kubor hari ini.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Ketua UMNO Tumpat Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz dan Naib Ketua UMNO Tumpat, Wan Hanafi Wan Yaacob disebut-sebut antara yang dipertimbangkan sebagai calon BN.
Diantara ketiga-tiga calon BN itu, Wan Hanafi dikatakan lebih menarik minat pengundi-pengundi di Dun Pengkalan Kubor.
Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar daripada BN meninggal dunia akibat kanser pada 20 Ogos lalu.
Noor Zahidi mempertahankan kerusi DUN Pangkalan Kubor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu dengan majoriti 1,736 undi menewaskan calon PKR, Saharun Ibrahim yang mendapat 8,438 undi serta seorang calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya mendapat 65 undi.
Irwan Muhammad Zain
Wed Sep 10 2014

KAMARUDDIN: Saya tidak berminat bertanding di Pengkalan Kubor

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

20 tahun bawah Amerika Syarikat pun, ada diskriminasi terhadap wanita Afghanistan - Kamarudin
Kamarudin berkata, diskriminasi terhadap wanita Afghanistan berlaku sekian lama, dan bukan hanya ketika Taliban mengambil alih pemerintahan

2,642 rakyat Malaysia ditahan di luar negara, separuh daripadanya kes dadah
Perwakilan Malaysia berperanan hulur nasihat guaman, penjagaan kebajikan, serta pengurusan pulang sekiranya selesai jalani hukuman.

Konflik Israel-Palestin: Malaysia ada peranan dalam OIC untuk cari jalan penyelesaian
Malaysia menganggap PBB dan OIC masih mempunyai peranan yang boleh dimainkan dalam usaha mencari jalan penyelesaian konflik Israel-Palestin.

Balik kampung: Jaga adab dan akhlak di jalan raya
Punca utama kemalangan di jalan raya adalah daripada perangai, akhlak dan sikap pemandu itu sendiri.

Lesen PSV pemandu e-hailing: Sambutan masih kurang
Kerajaan mengalakkan pemandu e-hailing mendapatkan lesen PSV sebelum tarikh penguatkuasaannya 12 Julai ini.

RM500 juta untuk pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
Kerja-kerja naik taraf LTSIP akan bermula pada 2020 bagi menampung peningkatan penumpang yang dijangka mencecah empat juta orang.

#MalaysiaMemilih: Kenapa kacau padang bola Bandar Tun Razak? - Penduduk
Isu itu juga dilihat sensitif kerana di padang itu lah tempat mereka berkumpul, dan melakukan aktiviti bersama-sama sejak 35 tahun lepas

Pakatan Rakyat perlu kekal demi rakyat Malaysia - Kamaruddin Jaafar
Kamaruddin berkata dalam keadaan ekonomi Malaysia yang tidak menentu, rakyat memerlukan sebuah gabungan parti alternatif kepada BN.

Saya tidak berminat bertanding di Pengkalan Kubor - Kamaruddin Jaafar
Kamaruddin berkata pimpinan PAS di Dun tersebut perlu diberi peluang bertanding mewakili Pakatan Rakyat.