KUALA LUMPUR:Seramai 2,742 rakyat Malaysia kini sedang berada dalam tahanan di luar negara, dengan separuh daripadanya melibatkan kes dadah, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Luar Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, kes-kes lain melibatkan kes penipuan seramai 406 orang, kad kredit palsu (121 orang), kesalahan kastam (89 orang), dan kesalahan imigresen (66 orang).
Namun, ujarnya lagi, Kementerian Luar buat masa kini masih tiada sebarang maklumat sekiranya ada tahanan rakyat Malaysia yang dikenakan hukuman gantung sampai mati, atau hukuman penjara seumur hidup.
“Makluman yang saya ada dengan jenis kesalahan yang dilakukan rakyat kita sehingga membawa kepada penahanan, yang utamanya kesalahan dadah yang melibatkan lebih separuh daripada jumlah keseluruhan, iaitu seramai 1,434 orang.
“Berkaitan hukuman mati atau hukuman penjara sepanjang umur, setakat maklumat, tak ada statistik tapi dalam perkiraan saya mungkin kesemua ini melibatkan hukuman berbentuk penjara dalam masa tertentu,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) yang ingin mengetahui status terkini bilangan rakyat Malaysia yang dipenjarakan di luar negara dan apakah usaha kementerian untuk membantu mereka.
Selain itu, beliau turut ingin mengetahui sekiranya ada rakyat Malaysia yang telah dikenakan hukuman gantung sampai mati atau hukuman penjara seumur hidup.
Mengenai langkah kerajaan, Kamaruddin berkata, Perwakilan Malaysia di luar negara berperanan untuk menghulurkan bantuan konsular terhadap rakyat Malaysia yang ditahan, terutamanya dari sudut bantuan guaman, serta penjagaan kebajikan.
“Bantuan konsular yang termaktub di bawah Konvensyen Vienna 1966, termasuk memaklumkan penahanan mereka kepada keluarga atau waris serta memastikan kebajikan, keselamatan dan kesihatan tahanan sentiasa terpelihara.
“Perwakilan Malaysia juga boleh bantu kemukakan firma guaman tempatan untuk dilantik sekiranya diperlukan.
"Setelah tahanan selesai jalani hukuman, Perwakilan Malaysia akan menguruskan dokumentasi termasuk keluarkan sijil perakuan cemas sekiranya diperlukan sebagai dokumen perjalanan sementara untuk pulang ke Malaysia,” katanya lagi.
Kamaruddin berkata, Perwakilan Malaysia bagaimanapun perlu menghormati urusan perundangan negara luar, dan individu yang ditahan perlu bersedia menjalani hukuman yang dikenakan sekiranya disabit bersalah.
Firdaus Azil
Wed Dec 09 2020
KAMARUDDIN: Perwakilan Malaysia berperanan hulur nasihat guaman, menjaga kebajikan, serta pengurusan pulang sekiranya selesai jalani hukuman. - Gambar hiasan
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Justin Trudeau dijangka hilang kuasa
Jagmeet Singh dijangka akan mengemukakan usul tidak percaya secara rasmi selepas Dewan Rakyat kembali bersidang pada 27 Januari.
RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari 2025
Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Disember 2024.
Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia dijangka Februari 2025
Ia membuktikan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan industri media melalui sokongan terhadap standard kewartawanan dan profesionalisme.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Dewan Rakyat selesai mesyuarat ketiga, lulus 26 RUU termasuk Belanjawan 2025
Selepas 35 hari bersidang, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 menutup tirainya semalam, dengan 26 rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 dilulusk
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.