KUALA LUMPUR:Malaysia akan terus menyokong usaha jujur, konkrit, dan realistik untuk mencari jalan penyelesaian yang adil dan berkekalan berhubung isu konflik Israel-Palestin, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Luar Datuk Kamaruddin Jaafar (Bersatu-Bandar Tun Razak) berkata Malaysia akan sentiasa meneliti perkembangan di Asia Barat berhubung usaha normalisasi negara Israel dalam mengiktiraf penjajahan ke atas Palestin.
Ujarnya lagi, Malaysia akan menggunakan peranan sedia ada dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk merealisasikan hasrat melihat jalan penyelesaian yang berkekalan.
“Malaysia amat memahami ketidakpuasan hati pihak Palestin.
"Palestin berhak untuk menzahirkan kekecewaannya setelah sekian lama ditindas oleh rejim Israel.
"Malaysia akan terus menyokong usaha jujur, konkrit dan realistik untuk mencari jalan penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap konflik Israel-Palestin ini, berdasarkan peruntukan undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB yang berkaitan melalui rundingan yang melibatkan pihak-pihak yang berkenaan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Pas-Sik) yang ingin mengetahui langkah-langkah proaktif bersama negara bersama badan antarabangsa seperti OIC bagi menyatakan bantahan berkaitan rancangan ketidakadilan normalisasi negara Israel untuk mengiktiraf penjajahan mereka ke atas Palestin.
Dalam soalan tambahannya, Ahmad Tarmizi turut ingin mengetahui sekiranya Malaysia mempunyai perancangan untuk mengadakan forum antarabangsa bagi menggantikan peranan OIC yang beliau dakwa lesu dalam mempertahankan kedaulatan Palestin.
Menjawab persoalan itu, Kamaruddin berkata Malaysia secara umum menganggap PBB dan OIC masih mempunyai peranan yang boleh dimainkan dalam usaha mencari jalan penyelesaian.
“Sekarang pun Malaysia merupakan ahli jawatan kuasa dalam OIC mengenai isu Palestin; Malaysia juga anggota kumpulan perhubungan dalam PBB untuk pertahankan Al Quds Al-Sharif.
“Kita ada yang boleh dimainkan, khususnya dalam OIC.
"Saya yakin jika kita teruskan dan tingkatkan lagi peranan, kita akan capai kejayaan tanpa kita didesak untuk wujudkan platform lain,” katanya lagi.
Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengenai perubahan struktur kepimpinan Amerika Syarikat akan membawa dimensi baharu dalam usaha penyelesaian konflik Israel-Palestin, Kamaruddin berkata Malaysia akan terus memantau perkembangan tersebut.
“Sudah tentu kita punyai dan letakkan harapan supaya perubahan pentadbiran AS, dan kita baca kenyataan-kenyataan sebelum ini, sedikit memberi harapan positif untuk baik dalam suasana sekarang,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Mon Nov 09 2020
![Konflik Israel-Palestin: Malaysia ada peranan dalam OIC untuk cari jalan penyelesaian Konflik Israel-Palestin: Malaysia ada peranan dalam OIC untuk cari jalan penyelesaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/61582170494_950x600.jpg)
Malaysia menganggap PBB dan OIC masih mempunyai peranan yang boleh dimainkan dalam usaha mencari jalan penyelesaian konflik Israel-Palestin. -Gambar hiasan
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
![Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
![20 tahun bawah Amerika Syarikat pun, ada diskriminasi terhadap wanita Afghanistan - Kamarudin 20 tahun bawah Amerika Syarikat pun, ada diskriminasi terhadap wanita Afghanistan - Kamarudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629122691_KamaruddinJaffar.jpg)
20 tahun bawah Amerika Syarikat pun, ada diskriminasi terhadap wanita Afghanistan - Kamarudin
Kamarudin berkata, diskriminasi terhadap wanita Afghanistan berlaku sekian lama, dan bukan hanya ketika Taliban mengambil alih pemerintahan
![2,642 rakyat Malaysia ditahan di luar negara, separuh daripadanya kes dadah 2,642 rakyat Malaysia ditahan di luar negara, separuh daripadanya kes dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/61595503646_KamaruddinJaffar.jpg)
2,642 rakyat Malaysia ditahan di luar negara, separuh daripadanya kes dadah
Perwakilan Malaysia berperanan hulur nasihat guaman, penjagaan kebajikan, serta pengurusan pulang sekiranya selesai jalani hukuman.
![Konflik Israel-Palestin: Malaysia ada peranan dalam OIC untuk cari jalan penyelesaian Konflik Israel-Palestin: Malaysia ada peranan dalam OIC untuk cari jalan penyelesaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/61582170494_950x600.jpg)
Konflik Israel-Palestin: Malaysia ada peranan dalam OIC untuk cari jalan penyelesaian
Malaysia menganggap PBB dan OIC masih mempunyai peranan yang boleh dimainkan dalam usaha mencari jalan penyelesaian konflik Israel-Palestin.
![Balik kampung: Jaga adab dan akhlak di jalan raya Balik kampung: Jaga adab dan akhlak di jalan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61559361530_sesakbaskenderaan.jpg)
Balik kampung: Jaga adab dan akhlak di jalan raya
Punca utama kemalangan di jalan raya adalah daripada perangai, akhlak dan sikap pemandu itu sendiri.
![Lesen PSV pemandu e-hailing: Sambutan masih kurang Lesen PSV pemandu e-hailing: Sambutan masih kurang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/41496813013_grab.jpg)
Lesen PSV pemandu e-hailing: Sambutan masih kurang
Kerajaan mengalakkan pemandu e-hailing mendapatkan lesen PSV sebelum tarikh penguatkuasaannya 12 Julai ini.
![RM500 juta untuk pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra RM500 juta untuk pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/71496500929_AirportKelantan.jpg)
RM500 juta untuk pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
Kerja-kerja naik taraf LTSIP akan bermula pada 2020 bagi menampung peningkatan penumpang yang dijangka mencecah empat juta orang.
![#MalaysiaMemilih: Kenapa kacau padang bola Bandar Tun Razak? - Penduduk #MalaysiaMemilih: Kenapa kacau padang bola Bandar Tun Razak? - Penduduk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/61518424194_padangbola.jpg)
#MalaysiaMemilih: Kenapa kacau padang bola Bandar Tun Razak? - Penduduk
Isu itu juga dilihat sensitif kerana di padang itu lah tempat mereka berkumpul, dan melakukan aktiviti bersama-sama sejak 35 tahun lepas
![Pakatan Rakyat perlu kekal demi rakyat Malaysia - Kamaruddin Jaafar Pakatan Rakyat perlu kekal demi rakyat Malaysia - Kamaruddin Jaafar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-09/61410329419_295x200.jpg)
Pakatan Rakyat perlu kekal demi rakyat Malaysia - Kamaruddin Jaafar
Kamaruddin berkata dalam keadaan ekonomi Malaysia yang tidak menentu, rakyat memerlukan sebuah gabungan parti alternatif kepada BN.
![Saya tidak berminat bertanding di Pengkalan Kubor - Kamaruddin Jaafar Saya tidak berminat bertanding di Pengkalan Kubor - Kamaruddin Jaafar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-09/61410329419_295x200.jpg)
Saya tidak berminat bertanding di Pengkalan Kubor - Kamaruddin Jaafar
Kamaruddin berkata pimpinan PAS di Dun tersebut perlu diberi peluang bertanding mewakili Pakatan Rakyat.