IPOH:Jika dilihat dari luar, barangkali, apa yang kelihatan pada Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ialah beliau cukup tenang berhadapan dengan ujian kepimpinannya sebagai Menteri Besar Perak.
Namun, jauh di sudut hatinya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang itu sebetulnya sedang 'berperang' dengan emosinya selepas melalui episod duka ekoran keputusan undian usul percaya yang tidak menyebelahinya di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Bagaimanapun, Ahmad Faizal berkata, beliau perlu kekal tenang dan menerima keputusan itu agar kestabilan negeri terjamin di samping mengelakkan rakyat bertelagah sesama sendiri.
"Sebenarnya saya nampak tenang tapi dalam jiwa dan diri saya sebenarnya berkelodak juga... berkocak juga sebab saya begitu risau Bajet tak sempat saya nak bentangkan petang ini.
"Saya sebenarnya mengharapkan agar jika ada pun usul percaya ini dilakukan selepas kita meluluskan Bajet kerana saya fikir, kita... saya bersama barisan Exco dan juga para penjawat awam di negeri ini telah mengusahakan Bajet yang saya fikir amat amat baik untuk kita mengemudi kerajaan dan negeri ini dalam keadaan yang lebih baik.
"Namun saya fikir saya perlu mengekalkan ketenangan supaya rakyat di luar tidak bergaduh sesama sendiri," kata Ahmad Faizal.
Ahmad Faizal berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Projek Masjid dan Surau di negeri Perak di sini pada Jumaat.
Terdahulu Ahmad Faizal gagal memperoleh majoriti sokongan usul undi percaya terhadapnya yang diusulkan ADUN Pengkalan Bharu, Datuk Abdul Manaf Hashim pada persidangan DUN di sebelah pagi.
Daripada 59 ADUN, hanya 10 yang menyokong manakala 48 lagi membantah sementara satu undi rosak dalam undi belah bahagi yang ditetapkan Speaker DUN Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.
Mohammad Zahir memutuskan proses pengundian belah bahagi dibuat selepas menerima cadangan oleh Dr Abdul Aiz Bari (DAP - Tebing Tinggi) yang disokong oleh Maslin Sham Razman (BN - Bukit Chandan).
Ketika membahaskan usul undi percaya tersebut, Abdul Manaf berkata, tujuan usul undi percaya itu adalah bagi menentukan keabsahan atau kewibawaan kepimpinan Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar.
Sementara itu, dalam temu bual eksklusif dengan Astro AWANI, Ahmad Faizal berkata, beliau berlapang dada dan menerima baik keputusan yang tidak memihak kepadanya dalam undi percaya di sidang DUN pagi tadi.
Menurutnya, sekarang bukanlah masa untuk memanjangkan isu politik di Perak kerana rakyat di negeri itu perlu dibantu, terutamanya kalangan yang terkesan oleh pandemik COVID-19.
“Tanggungjawab saya sebagai pemimpin kecil untuk stabilkan keadaan kerana kita berdepan dengan pelbagai masalah rakyat.
“Ini lebih penting dari kedudukan saya sebagai Menteri Besar,” katanya.
Ahmad Faizal turut mengaku beliau terkilan kerana tidak sempat membentangkan Belanjawan Negeri Perak Tahun 2021.
BACA: Undi percaya DUN Perak: MB Faizal Azumu gagal peroleh sokongan majoriti
BACA: Politik Perak: Faizal Azumu janji peralihan kuasa dijalankan secara lancar
BACA: Faizal Azumu, Speaker DUN menghadap Sultan Perak petang ini
Aida Aziz, Ridauddin Daud
Fri Dec 04 2020
Ahmad Faizal mengaku terkilan tidak sempat membentangkan Belanjawan Negeri Perak Tahun 2021. - Gambar BERNAMA
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.
Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.
Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.
Kesetiaan saya kepada Muhyiddin masih utuh - Peja
Beliau menjelaskan tidak pernah bersekongkol dengan mana-mana pihak lawan atau menyokong kepimpinan Kerajaan Persekutuan sedia ada.