Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang Saari Sungib menegaskan beliau masih lagi ahli PAS dan tidak akan meninggalkan parti Islam itu.
"Saya masih ahli PAS sampai ajal," katanya kepada pemberita di bangunan ibu pejabat PAS, di Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.
Saari dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di pejabatnya hari ini.
Namun Saari enggan mengulas lanjut tujuan pertemuan dengan Mustafa itu diadakan dan usaha Astro AWANI untuk mendapatkan penjelasan dari Setiausaha Agung PAS itu juga gagal.
Sebelum ini beberapa portal melaporkan Saari dan Hasnol akan menghadap Lembaga Disiplin PAS hari ini bagi membincangkan tindakan mereka memberi sokongan kepada presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
Akibat tindakan, perwakilan PAS mendesak agar kedua mereka dihadapkan kepada Lembaga Disiplin PAS dan dikenakan tindakan yang sewajarnya.
Lebih memburukkan keadaan apabila presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan pergulungan di Muktamar Tahunan parti itu di Batu Pahat baru-baru ini mengeluarkan istilah 'broker' dan 'barua' akibat insiden tersebut.
Bagaimanapun, Saari dan Hasnol yang hadir di majlis makan malam anjuran DAP dianggap sebagai 'wira' yang telah menyelamatkan Pakatan Rakyat daripada terbentuknya kerajaan yang mereka dakwa sebagai gabungan UMNO, PAS dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Di majlis itu, Hasnul secara berseloroh berkata beliau masih boleh bertanding menggunakan lambang DAP manakala Saari menegaskan tidak akan keluar daripada PAS.
Astro Awani
Mon Sep 29 2014

SAARI: Saya masih ahli PAS sampai ajal - Gambar Fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Dua lagi ADUN Amanah keluar parti? 'Tak betul' - Ahli Amanah
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib menafikan dakwaan mereka keluar Parti Amanah Negara (Amanah) dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

ADUN Morib dilantik Timbalan Speaker DUN Selangor yang baharu
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mencadangkan nama Hasnul sebagai Timbalan Speaker dan mendapat sokongan dewan.

Keputusan rayuan Saari dan Hasnul diketahui hari ini
Keputusan rayuan dua ahli Dewan Negeri (Adun) PAS, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin akan diketahui pada mesyuarat Majlis Syura Ulama hari ini.

Nik Aziz sokong penggantungan dua ADUN PAS Selangor
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyokong penggantungan keahlian dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selangor dari parti itu atas kesalahan mengkhianati.

Dua Adun tidak perlu dirujuk Lembaga Disiplin PAS - Mustafa Ali
Jawatankuasa PAS Pusat akan menentukan kedudukan Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin.

Saya masih ahli PAS sampai ajal - Saari Sungib
Saari dan Hasnul hanya mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung PAS bukan menghadap Lembaga Disiplin parti itu.