LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan kerajaan melantik ahli politik bagi mengisi jawatan bertaraf menteri adalah sebagai satu 'pembaziran' dan perlu dihentikan ketika ini.
Ini kerana menurutnya, peruntukan yang dibayar kepada individu berkenaan sewajarnya digunakan kerajaan bagi membantu rakyat yang berada dalam tempoh sukar tatkala berhadapan dengan situasi penularan wabak COVID-19.
Beliau yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) turut tidak bersetuju dengan penglibatan ahli politik dalam badan-badan kerajaan memandangkan ianya hanya memberi manfaat besar kepada individu tertentu sahaja.
Sehubungan itu, adalah menjadi satu kewajipan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk meletakkan masalah yang dihadapi rakyat sebagai perkara utama yang perlu diselesaikan melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang berjalan ketika ini.
"Yang mana (perkara atau pelantikan politik) boleh tangguh, kita tangguh, yang kita perlu dahulukan adalah masalah nasib rakyat, itu yang penting, pasal mereka takut dijangkiti penyakit, ada ramai yang mati, ramai yang tak tahan dengan lockdown.
"Kerajaan mesti tolong mereka, kalau duit itu (nak dibayar kepada perkara yang) benar-benar tak penting, kita (perlu) ketepikan, macam nak bagi jawatan bertaraf menteri, itu semua tak penting tapi (kerajaan) ada (pula) duit untuk itu, ada macam-macam duit untuk benda-benda political tetapi berkenaan masalah rakyat tak diberi perhatian," kata Ahli Parlimen Langkawi itu.
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi, Kuah bagi program #PulangKeLangkawi pada Jumaat.
Dalam perkembangan sama, beliau menyatakan bahawa tidak pernah menerima tawaran rasmi daripada mana-mana pihak termasuk Ismail Sabri bagi mengisi jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Langkawi itu mengesahkan, wujud perbincangan membabitkannya bersama Perdana Menteri berkaitan perkara terbabit sebelum ini.
Pada Khamis, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan harapan agar Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang telah diperkenalkannya sebelum ini dapat dijalankan dengan cepat.
Menurutnya,proses pemulihan itu juga tidak boleh lagi ditangguh memandangkan kerajaan telah menanggung kos yang terlalu mahal dalam tempoh setahun yang lalu susulan pandemik COVID-19.
Abd Hadi Che Awang
Fri Sep 17 2021
![Satu 'pembaziran' lantik ahli politik isi jawatan bertaraf menteri - Tun Mahathir Satu 'pembaziran' lantik ahli politik isi jawatan bertaraf menteri - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631869558_AhliParlimenLangka.jpg)
Tun Mahathir menyatakan bahawa beliau tidak pernah menerima tawaran rasmi daripada mana-mana pihak termasuk Ismail Sabri bagi mengisi jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN). - Foto BERNAMA
AWANI Borneo [15/08/2024] – Jaga integrity | Persaingan sihat | SUKMA 2024
Tumpuan Awani Borneo 15 Ogos 2024 bersama Nickyson Nyambar;
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
[TERKINI] Belasungkawa: Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan
Ikuti siaran perjalanan terakhir jenazah Allahyarham Nidza Afham di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Selangor.
SUKMA 2024: Kesemua venue bagi 488 acara sedia digunakan
Kerja penaiktarafan tiga lokasi iaitu padang memanah, gelanggang hoki serta trek bmx yang belum siap sepenuhnya tidak menjejaskan pelaksanaan acara sukan berkenaan kerana ia hanya melibatkan fasiliti tandas yang diganti menggunakan tandas mudah alih, selain landskap trek.
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
Mengambil contoh harga ayam di Lotus’s Malaysia, Armizan berkata rangkaian pasar raya itu konsisten menawarkan harga berpatutan serendah RM6.99 sekilogram berbanding harga ayam yang tinggi di wilayah tersebut.
Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
Hajiji berkata beliau telah menerima banyak aduan daripada rakyat dan laporan tentang isu integriti serta ketelusan melibatkan Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah, termasuk ada antara mereka melengah-lengahkan urusan yang mempunyai kepentingan untuk rakyat.
STB Sabah mahu kembalikan kegemilangan Sandakan
Lembaga Pelancongan Sabah (STB) mengambil tindakan segera dengan mengadakan sesi libat urus bersama wakil-wakil rakyat dan pemain industri pelancongan Sandakan nagi mengembalikan populariti daerah itu dalam kalangan pelancong.
Astro ketengah elemen 'Heart to Heart' untuk Malaysia
Kempen Inilah KITA yang dilancarkan Astro sejak minggu lalu meraikan semangat kebersamaan serta makna sebagai rakyat Malaysia di bawah cerminan negara yang berbilang kaum dan majmuk sama seperti yang ada di Sabah dan Sarawak. Kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Holdings Berhad, Euan Smith, kebersatuan itu diraikan menerusi bakat penceritaan kakitangan Astro yang dinamik dan menyentuh hati.
Bahasa etnik medium hebahan Bulan Kebangsaan di Sabah
Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah Supian Musa berkata inisiatif itu bukan hanya bertujuan menyemarakkan sambutan, tetapi lebih utama mahu memastikan mesej disampaikan dalam bahasa mudah difahami supaya dapat dihayati semua lapisan masyarakat.
SUKMA 2024: Premier umum insentif untuk pemenang pingat Sarawak pada Jumaat
NIlai insentif yang menanti atlet Sarawak yang meraih pingat dalam temasya sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 dijangka diumum Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Jumaat.
![Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723720861_TBmerdeka.jpg)
Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi
Kapasiti tempat duduk awam bertingkat di Dataran Putrajaya di sini akan ditambah.
![Bicara kes saman terhadap Ahmad Zahid ditangguhkan lagi ke 26 Ogos Bicara kes saman terhadap Ahmad Zahid ditangguhkan lagi ke 26 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721372036_mashup.jpg)
Bicara kes saman terhadap Ahmad Zahid ditangguhkan lagi ke 26 Ogos
Perbicaraan kes saman Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan hari ini ditangguhkan ke 26 Ogos.
![Tun Mahathir sambut hari lahir ke-99 hari ini Tun Mahathir sambut hari lahir ke-99 hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720582924_TunM.jpg)
Tun Mahathir sambut hari lahir ke-99 hari ini
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.
!['Perkara hebat sedang berlaku di Selatan' – Tun Mahathir 'Perkara hebat sedang berlaku di Selatan' – Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718003900_SidangMediaTunMa.jpg)
'Perkara hebat sedang berlaku di Selatan' – Tun Mahathir
Pembinaan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura yang sedang rancak berjalan menarik perhatian bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
![Prosiding RCI Batu Puteh: Tun Mahathir diarah hadir, tuntut dibuat secara terbuka Prosiding RCI Batu Puteh: Tun Mahathir diarah hadir, tuntut dibuat secara terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717154584_MahathirMohamad.jpg)
Prosiding RCI Batu Puteh: Tun Mahathir diarah hadir, tuntut dibuat secara terbuka
Dr Mahathir berkata, beliau menerima sapina untuk menghadirkan diri bagi memberi keterangan dalam prosiding itu pada Jumaat.
![Mahkamah Tinggi batal saman Halim Saad terhadap Tun Mahathir, kerajaan Mahkamah Tinggi batal saman Halim Saad terhadap Tun Mahathir, kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715683453_HalimSaadTunM.jpg)
Mahkamah Tinggi batal saman Halim Saad terhadap Tun Mahathir, kerajaan
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Dr Mahathir dan dua lagi untuk membatalkan saman taikun Tan Sri Halim Saad.
![SPRM tidak berhasrat tahan Tun M SPRM tidak berhasrat tahan Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715063061_MahathirMohamad.jpg)
SPRM tidak berhasrat tahan Tun M
SPRM tidak berhasrat untuk menahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengisytiharan harta.
![PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714277700_TBazmin.jpg)
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
![Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679984598_TunDrMahathir.jpg)
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
![53 hari dirawat di IJN, Tun M dibenarkan pulang hari ini 53 hari dirawat di IJN, Tun M dibenarkan pulang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710750139_MahathirMohamad.jpg)
53 hari dirawat di IJN, Tun M dibenarkan pulang hari ini
Setelah 53 hari menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang pada Isnin.
![Peguam nasihat Tun M tidak sertai RCI Batu Puteh jika pengerusi tidak diganti Peguam nasihat Tun M tidak sertai RCI Batu Puteh jika pengerusi tidak diganti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708082752_MdRausDrMahathir.jpg)
Peguam nasihat Tun M tidak sertai RCI Batu Puteh jika pengerusi tidak diganti
Peguam Dr Mahathir akan menasihatkannya tidak menyertai RCI berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sekiranya pengerusi suruhanjaya itu tidak diganti.