Dr Mahathir mendapatkan rawatan di IJN pada petang Selasa dan diberi cuti sakit selama 12 hari sehingga Khamis minggu hadapan. - Gambar fail
SHAH ALAM: Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) semakin baik.
Pembantunya, Sufi Yusoff berkata, bagaimanapun pemimpin berusia 99 tahun itu masih mendapat rawatan di IJN.
"Alhamdulillah, keadaan Tun semakin pulih namun masih menerima rawatan.
"Namun, masih belum pasti bila Tun akan dibenarkan pulang," katanya menerusi aplikasi WhatsApp pada Khamis.
Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu dimasukkan ke IJN kerana jangkitan paru-paru.
Beliau mendapatkan rawatan di IJN pada petang Selasa dan diberi cuti sakit selama 12 hari sehingga Khamis minggu hadapan. -
Sinar Harian
Tenaga, Ketersambungan, dan Keterangkuman
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfokuskan sektor tenaga dan ketersambungan, termasuk Grid Kuasa ASEAN dan teknologi alternatif. Beliau menekankan keterangkuman, pembangunan digital, kecerdasan buatan (AI), dan kerjasama strategik dalam menangani cabaran iklim, ekonomi, dan keamanan serantau.