Satu platform atau majlis bagi menyelaras data dan perancangan setiap parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan perlu diwujudkan segera bagi menyediakan ruang ke arah kerjasama yang lebih harmoni.
Penganalisis sosiopolitik dari Universiti Malaya Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata berbeza dengan mesyuarat Kabinet di mana dasar negara dibincang, majlis ini pula dilihat penting dalam soal menentukan hala tuju politik, terutama mengambil kira parti yang membentuk kerajaan ini masih 'baharu' sebagai satu gabungan.
Ia juga akan menjadi platform dalam menetapkan hala tuju yang 'satu', yang juga kini menjadi perhatian pihak lawan dan rakyat, katanya.
"Uniknya kerajaan kali ini walaupun tidak mempunyai manifesto, setiap parti seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Barisan Nasional (BN), PAS, malah mereka yang dari PKR sebelum ini, ada manifesto masing-masing dan sekarang mereka membentuk satu kerajaan baharu.
"Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah duduk bersama dalam satu platform atau majlis, satukan manifesto mereka ini kepada kluster dan cari jalan tengah, cari apa yang boleh mereka sampaikan kepada rakyat," katanya kepada Bernama.
Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah gabungan kerjasama antara Bersatu, BN, PAS dan beberapa bekas ahli PKR yang membentuk Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
"Di sini akan menjadi tempat di mana setiap pertikaian parti mengenai sesuatu isu dapat dibincangkan dan kemudiannya diangkat ke peringkat kerajaan. Saya kira untuk pastikan pentadbiran lebih cekap di peringkat parti dan dasar negara di peringkat kementerian, mereka perlu tubuhkan satu majlis," katanya.
Turut bersetuju dengan idea berkenaan ialah Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik, Dasar dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib, namun berpendapat platform ini tidak perlu meniru format Majlis Presiden PH.
"Cukup sekadar wujudkan jawatan Pengerusi PN dan berikan kepada Perdana Menteri, wujudkan juga jawatan Ketua Setiausaha PN dan Ketua Bendahari PN. Lain-lain terdiri daripada Pengerusi BN, Pengerusi GPS dan Presiden PAS menjadi Ahli Majlis Tertinggi PN.
"Beri Pengerusi PN iaitu Perdana Menteri kuasa pemutus," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 11 2020
![Satu majlis PN perlu segera diwujudkan - Penganalisis Satu majlis PN perlu segera diwujudkan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/61583887865_AwangAzman.jpg)
AWANG AZMAN: Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah duduk bersama dalam satu platform atau majlis, satukan manifesto mereka ini kepada kluster dan cari jalan tengah. - Gambar fail
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
!['PM perlu bertindak segera tangani kes rasuah' 'PM perlu bertindak segera tangani kes rasuah'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672493987_amanattahunbaru.jpg)
'PM perlu bertindak segera tangani kes rasuah'
Prof Madya Dr Awang Azman berkata, sekiranya Anwar tidak segera bertindak, rakyat akan beranggapan ia hanya retorik politik.
![Perjanjian Malaysia baharu buka peluang Sarawak tuntut, tambah baik hak Perjanjian Malaysia baharu buka peluang Sarawak tuntut, tambah baik hak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647287817_ProfMadyaDrAwa.jpg)
Perjanjian Malaysia baharu buka peluang Sarawak tuntut, tambah baik hak
Usul membuat satu Perjanjian Malaysia baharu dilihat boleh membuka peluang dan ruang bagi Sarawak menuntut serta menambah baik hak-hak negeri itu.
![Pas Kelantan dijangka berdepan cabaran getir PRU akan datang Pas Kelantan dijangka berdepan cabaran getir PRU akan datang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647287817_ProfMadyaDrAwa.jpg)
Pas Kelantan dijangka berdepan cabaran getir PRU akan datang
Minat rakyat kini lebih terarah kepada isu-isu semasa yang berlaku di Kelantan seperti masalah bekalan air.
![PRN Sarawak: Calon sering turun padang ada kelebihan - Penganalisis PRN Sarawak: Calon sering turun padang ada kelebihan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81596941786_BPUMAWANGAZMAN.jpg)
PRN Sarawak: Calon sering turun padang ada kelebihan - Penganalisis
Prof Awang Azman Awang Pawi menjelaskan keadaan ini dapat dilihat dari dapatan kajian yang dibuat pihaknya sebelum penamaan calon baru-baru ini.
![PRN Sarawak: GPS mungkin menang besar namun... - Penganalisis PRN Sarawak: GPS mungkin menang besar namun... - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61636871647_PRNSarawakGPS.jpg)
PRN Sarawak: GPS mungkin menang besar namun... - Penganalisis
GPS perlu memastikan penyokong mereka turun mengundi beramai-ramai, dan tidak terperangkap dengan keyakinan GPS pasti menang
![Kerajaan campuran boleh dibentuk jika tiada pihak ada majoriti - Penganalisis Kerajaan campuran boleh dibentuk jika tiada pihak ada majoriti - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607608191_putrajaya.jpg)
Kerajaan campuran boleh dibentuk jika tiada pihak ada majoriti - Penganalisis
Peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM membuka lebaran baharu kemelut politik negara, ketika belum ada mana-mana pihak yang dilihat mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
![PRN Sabah: Parti kecil boleh tentukan kemenangan PN, Warisan - Penganalisis PRN Sabah: Parti kecil boleh tentukan kemenangan PN, Warisan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71601014626_TBSABAHMEMILIHSPR.jpg)
PRN Sabah: Parti kecil boleh tentukan kemenangan PN, Warisan - Penganalisis
Kemenangan parti-parti kecil pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah boleh menentukan nasib dan masa depan Perikatan Nasional (PN) atau Warisan untuk memerintah negeri itu.
![Henti memperlekeh peranan wanita dalam Dewan Rakyat - Aktivis Henti memperlekeh peranan wanita dalam Dewan Rakyat - Aktivis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/61594693233_MajlisParlimenKeem.jpg)
Henti memperlekeh peranan wanita dalam Dewan Rakyat - Aktivis
Ia sentiasa menjadi cabaran untuk perwakilan wanita di negara ini, melainkan agenda memartabatkan wanita terus diperjuangkan semua pihak
![Satu majlis PN perlu segera diwujudkan - Penganalisis Satu majlis PN perlu segera diwujudkan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/61583887865_AwangAzman.jpg)
Satu majlis PN perlu segera diwujudkan - Penganalisis
Majlis ini dilihat penting dalam soal menentukan hala tuju politik, terutama mengambil kira parti yang membentuk kerajaan ini masih 'baharu' sebagai satu gabungan.
![Profesional, teknorat harus diberi peluang dalam kabinet baharu Profesional, teknorat harus diberi peluang dalam kabinet baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51583108901_MuhyiddinYassin.jpg)
Profesional, teknorat harus diberi peluang dalam kabinet baharu
Dr Muhammad Fathi Yusof berkata golongan berkenaan yang tidak mempunyai ikatan secara langsung dengan parti politik boleh dilantik sebagai senator sebelum diangkat menjadi menteri.