Ini respon ikon tinju dunia Manny Pacquiao dari Filipina bagi pengundi memilih calon-calon wakil rakyat di Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu ini.
The Pac Man menggariskan beberapa faktor penting dalam memilih pemimpin bagi PRU14.
Sinonim dengan panggilan The Pac Man, beliau bukan sahaja berjaya dalam bidang sukan tinju malah sebagai seorang ahli politik di Filipina.
Pacquiao pernah dipilih sebagai wakil rakyat wilayah Sarangani pada 2010 dan 2013 serta kini beliau merupakan salah seorang senator yang akan berkhidmat sehingga 2022.
Pernah memenangi lapan divisyen kejuaraan dunia dalam Kesatuan Tinju Dunia (WBA), The Pac Man bakal menentang pemegang tali pinggang Kejuaraan Welterweight WBA, Lucas Matthysse di Axiata Arena, 15 Julai ini.