IPOH:Selepas dua minggu menerajui pentdbiran kerajaan Perak, Menteri Besarnya, Datuk Saarani Mohamad mengumumkan portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (EXCO).
Selain menggalas jawatan Menteri Besar, Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Tampan turut memegang portfolio Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan GLC.
Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya pula bertanggungjawab bagi portfolio Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor) dan Adun Kampung Gajah, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO)
Adun Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun (Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam) dan ADUN BOTA, Khairul Shahril Mohamed (Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia).
Adun Semanggol merangkap Pesuruhajaya PAS Perak, Razman Zakaria (Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan, manakala Adun Selama, Mohd Akmal Kamarudin (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau).
Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi) dan Adun Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahri (Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil)
Portfolio Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia dipegang Adun Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud, manakala Adun Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Pelancongan).
Senarai portfolio itu diumumkan Saarani pada majlis secara ringkas yang berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.
Empat daripada Exco adalah daripada UMNO, iaitu Mohd Zolkafly, Shahrul Zaman, Wan Norashikin dan Khairul Shahril, manakala Adun PAS ialah Razman dan Mohd Akmal, manakala Abdul Yunus, Nolee Ashilin dan Zainal Pahzi daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Keempat-empat Adun UMNO itu bersama Saarani adalah Exco ketika kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, manakala Zainol Fadzi adalah penasihat Menteri Besar ketika itu.
Exco lain yang kekal di bawah kepemimpinan Saarani adalah Razman, Mohd Akmal dan Abdul Yunus.
Ahmad Faizal yang juga Adun Chenderiang merangkap Ketua Badan Pimpinan Bersatu Perak meletak jawatan Menteri Besar Perak pada 5 Disember selepas hilang majoriti sokongan di Dewan Udangan Negeri (Dun).
Astro Awani
Wed Dec 23 2020
Senarai portfolio itu diumumkan Saarani pada majlis secara ringkas yang berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. - Gambar fail
Kerajaan naik taraf fasiliti dengan kos RM4.3 juta
Kementerian Komunikasi berjaya menaik taraf fasiliti program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Pegawai ditahan tiada kaitan dengan Sarawak Media Group atau TVS
Sarawak Media Group/TVS dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan akan memberikan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, jika diperlukan.
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup dalam serbuan berasingan Op Tapis di pusat bandar ini dan di Tangkak, Johor, pada Jumaat.
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
[TERKINI] Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu
Tumpuan Ahad – 12 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
UMNO Perak akur ketetapan tidak teruskan perhimpunan 6 Januari
Menurut Saarani, ia selaras dengan pendirian parti itu yang tetap teguh mendukung kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu.
Gerakan koperasi perlu teroka peluang ekonomi baharu - MB Perak
Gerakan koperasi antara enjin pertumbuhan yang menyumbang kepada KDNK yang dapat mentransformasi dan memperkasa ekonomi masyarakat setempat.
Sebahagian HSK Segari Melintang dibatal, diganti tanah lebih luas - Saarani
Tapak gantian itu telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Durian Pipit melalui Warta Kerajaan No 1777 bertarikh 18 Mei tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, tertinggi dalam sejarah
Kerajaan Negeri Perak hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, iaitu belanjawan tertinggi dalam sejarah Perak.
Penjawat awam Perak dapat BKK dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Premis tentukan daftar masuk dan keluar hotel, pilihan di tangan pengguna - Saarani
Pengunjung boleh memilih premis yang menawarkan waktu daftar masuk dan keluar yang dirasakan lebih berbaloi.
Perak terus teroka industri nadir bumi, hasil royalti RM30.88 juta setakat ini - Saarani
Kerajaan negeri sepakat bekerjasama dengan sebuah syarikat tempatan bagi melaksanakan projek percubaan memproses hasil nadir bumi di Simpang Pulai.
Sultan Nazrin berkenan sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak 2024
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Perak 2024 hari ini.
MB Perak beri peringatan ada lagi gelombang banjir akan berlaku
Selepas banjir gelombang kedua melanda Sungai Siput pada Selasa, Perak dijangka mengalami lagi beberapa siri banjir menjelang hujung tahun.
Pelihara sumber hasil Sungai Perak demi kelangsungan ekonomi - MB
Beliau berkata pemuliharaan Sungai Perak merupakan satu keutamaan selaras aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030.