KUALA LUMPUR : Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti dijangka akan diluluskan selepas dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat kali ini.
Penganalisis politik Prof Dr Wong Chin Huat menjelaskan, beliau yakin RUU itu akan melepasi 148 undi daripada Ahli Parlimen pelbagai parti politik.
"Saya rasa yakin bahawa ia akan diluluskan selepas perdebatan dalam sesi ini dan menjadi undang-undang pada September seperti yang dijanjikan oleh Menteri Undang-Undang iaitu Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaffar.
"Saya rasa kelulusannya sangat senang kerana langkah yang susah itu pun kita telah atasi. Untuk luluskan kita perlu 148 undi.
"Kita ada 90 undi PH (Pakatan Harapan), dan UMNO sukakan (RUU) ini, UMNO dan BN ada 42 undi.
"Undang-undang ini juga digerakkan GPS; GPS ada 18 undi lagi. Tambah semua ini, ia sudah melepasi 148 undi," katanya dalam wawancara program Agenda AWANI pada Isnin.
Sebanyak 13 RUU dijadual dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada mesyuarat kedua Dewan Rakyat penggal kelima Parlimen ke-14, yang bermula Isnin, dengan tumpuan terarah kepada RUU Perlembagaan (pindaan) (no. 3) 2022 dan mengenai peruntukan larangan Ahli Parlimen bertukar parti.
Sementara itu, Chin Huat berpendapat isu Ahli Parlimen dipecat oleh parti dan Ahli Parlimen yang melompat dari satu gabungan kepada gabungan parti lain perlu diberi tumpuan selepas RUU Antilompat Parti diluluskan.
Beliau menjelaskan, dua isu kontroversi itu perlu ditangani dengan memberi kuasa kepada pengundi untuk memecat wakil rakyat dan seterusnya mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK).
"Saya rasa ini merupakan langkah pertama kita yang betul. Selepas perdebatan, semua Ahli Parlimen perlu memberi sokongan penuh (pada RUU).
"(Isu) sama ada kita boleh lompat parti gabungan ke gabungan, dan kedua menyekat mereka yang dipecat oleh parti, perkara itu memerlukan satu mekanisme lain dengan memberi kuasa kepada pengundi untuk pecat wakil rakyat.
"Maksudnya sekarang, kita menggunakan kuasa undang-undang. Dua kes rumit itu perlu diselesaikan dengan memperkenal mekanisme memecat wakil rakyat dan recall (mengadakan pilihan raya kecil).
"Kalau rakyat rasa nak pecat (wakil rakyat) sebab keluar gabungan, maka rakyat boleh kutip tandatangan dan pecat wakil rakyat itu, maka pilihan raya kecil boleh diadakan," ujarnya lagi.
Rahimah Abdullah
Tue Jul 19 2022
![RUU Antilompat Parti dijangka melepasi 148 undi Ahli Parlimen - Penganalisis politik RUU Antilompat Parti dijangka melepasi 148 undi Ahli Parlimen - Penganalisis politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61637416505_DrWongChinHuat.jpg)
Wong Chin Huat yakin RUU Antilompat Parti akan melepasi 148 undi daripada Ahli Parlimen pelbagai parti politik. - Gambar fail
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
![IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719328663_TBAsyrafWajdi.jpg)
IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi
Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Asyraf berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan meluas, malah menepati kehendak industri.
![Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701320246_TBibrahimsaninet.jpg)
Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.
![Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715675626_DBKLjpg.jpg)
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.
![Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714644246_AshwadIsmailjpg.jpg)
Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.
![Waspada taktik Israel nafi operasi pengintipan di negara asing - Penganalisis Waspada taktik Israel nafi operasi pengintipan di negara asing - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673262446_MohdMizanAslam.jpg)
Waspada taktik Israel nafi operasi pengintipan di negara asing - Penganalisis
Malaysia perlu sentiasa berwaspada dengan taktik penafian yang digunakan Israel untuk menjalankan operasi pengintipan di negara asing.
![Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710809468_TBStokinjpg.jpg)
Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.
!['Tidak ada cara lain atasi kos sara hidup melainkan gaji dinaikkan' - Penganalisis 'Tidak ada cara lain atasi kos sara hidup melainkan gaji dinaikkan' - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689157846_KosSaraHidupBUDGET.jpg)
'Tidak ada cara lain atasi kos sara hidup melainkan gaji dinaikkan' - Penganalisis
Tidak ada cara lain untuk atasi kos sara hidup melainkan dengan menaikkan kadar gaji.
![Ibu di Palestin terpaksa beri anak makan ‘wax’ demi kelangsungan hidup Ibu di Palestin terpaksa beri anak makan ‘wax’ demi kelangsungan hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710866422_TBIsraelibombardmen.jpg)
Ibu di Palestin terpaksa beri anak makan ‘wax’ demi kelangsungan hidup
Tanpa kerelaan, namun demi meneruskan kehidupan, ada ibu yang memberi anaknya makan wax, cecair yang biasanya digunakan untuk membuang bulu roma di badan.
![Pengguna tamak dan culas jadi sasaran utama penjenayah siber - Presiden MCCA Pengguna tamak dan culas jadi sasaran utama penjenayah siber - Presiden MCCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673233481_SirajJalil.jpg)
Pengguna tamak dan culas jadi sasaran utama penjenayah siber - Presiden MCCA
Pengguna yang bersikap tamak, culas dan sambil lewa ketika menggunakan sebarang perkhidmatan dalam talian, merupakan sasaran utama penjenayah siber.
![Dasar yang stabil, bersifat jangka masa panjang penting untuk jayakan usaha nyahkarbon - CEO Gentari Dasar yang stabil, bersifat jangka masa panjang penting untuk jayakan usaha nyahkarbon - CEO Gentari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705933645_SushilPurohit.jpg)
Dasar yang stabil, bersifat jangka masa panjang penting untuk jayakan usaha nyahkarbon - CEO Gentari
Dasar yang stabil dan bersifat jangka masa panjang tanpa sebarang perubahan asas yang ketara penting dalam usaha peralihan tenaga.