SHAH ALAM: Ramalan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa UMNO akan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukan sesuatu yang mengejutkan kerana semua pihak kawan mahupun lawan sememangnya menjangkakan sedemikian.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, disebabkan itu bukan perkara baru lawan UMNO membantah keras PRU15 diadakan, malah sejak parti itu meminta ia diadakan selepas proklamasi darurat tamat tahun lalu.
"Dr Mahathir perlu tahu majoriti orang Melayu kembali kepada UMNO kerana telah sedar akan kesilapan yang sebahagian mereka lakukan pada PRU14.
"Mereka tidak mahu kesilapan lalu berulang gara-gara terpedaya dengan pembohongan, hasutan, fitnah dan janji-janji manis manifesto.
"Mereka telah menyaksikan kerosakan bukan sahaja ekonomi, malah keharmonian hidup masyarakat berbilang bangsa di Malaysia akibat kesilapan itu," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Ahad.
Beliau berkata demikian mengulas laporan bahawa Dr Mahathir yakin UMNO akan menang pada PRU15, walaupun parti itu akan berdepan krisis dalaman.
Selain itu, Dr Mahathir turut dilaporkan bahawa kebanyakan pengundi Melayu sudah kembali menyokong UMNO.
Ahli Parlimen Langkawi itu mendakwa, ia berikutan pengundi sudah ditawarkan wang dan dan insentif lain.
Tambah Ahmad Zahid, orang Melayu juga telah mengerti betapa pentingnya kerajaan yang terbukti berkemampuan, berpengalaman, kukuh dan stabil untuk mentadbir demi kemakmuran tanah air.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut menggesa agar Dr Mahathir berhenti melabelkan orang Melayu secara negatif kerana ia perbuatan yang boleh mencetuskan syak wasangka dalam kalangan rakyat berbilang kaum.
"Seseorang harus menasihati Dr Mahathir supaya berhenti melemparkan kata-kata yang memperlekeh kejujuran dan kebijaksanaan orang Melayu.
"Janganlah hanya kerana majoriti orang Melayu tidak lagi mempercayai Pejuang, Gerakan Tanah Air (GTA), Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN), maka dituduh pengundi Melayu menyokong UMNO kerana wang," katanya.
Menurutnya, UMNO akan terus menjadi wadah yang menyatukan orang Melayu dan memupuk perpaduan masyarakat berbilang bangsa serta agama di negara ini. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 09 2022
AHMAD ZAHID: "Dr Mahathir perlu tahu majoriti orang Melayu kembali kepada UMNO kerana telah sedar akan kesilapan yang sebahagian mereka lakukan pada PRU14." - Fail Astro AWANI
Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM
Paetongtarn yang berusia 37 tahun adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Penari MSS teruja sambut ketibaan kontinjen SUKMA 2024
Kehangatan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 mula dirasai di pintu masuk wilayah itu apabila suasana balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) bergema dengan alunan seribu rentak.
Fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke 4 negara - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata bagi tujuan pengantarabangsaan barangan Malaysia, empat negara menjadi fokus pada tahun ini iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand, Jepun dan China.
Jenazah Muhammad Nidza selamat dikebumikan
Jenazah Muhammad Nidza selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Puncak Alam, Kuala Selangor.
Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, kes diklasifikasikan SDR
Bedah siasat yang dijalankan ke atas Muhammad Nidza Afham Mokhtar tidak menemukan sebarang unsur jenayah.
AWANI Borneo [15/08/2024] – Jaga integrity | Persaingan sihat | SUKMA 2024
Tumpuan Awani Borneo 15 Ogos 2024 bersama Nickyson Nyambar;
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
[TERKINI] Belasungkawa: Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan
Ikuti siaran perjalanan terakhir jenazah Allahyarham Nidza Afham di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Selangor.
SUKMA 2024: Kesemua venue bagi 488 acara sedia digunakan
Kerja penaiktarafan tiga lokasi iaitu padang memanah, gelanggang hoki serta trek bmx yang belum siap sepenuhnya tidak menjejaskan pelaksanaan acara sukan berkenaan kerana ia hanya melibatkan fasiliti tandas yang diganti menggunakan tandas mudah alih, selain landskap trek.
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
Mengambil contoh harga ayam di Lotus’s Malaysia, Armizan berkata rangkaian pasar raya itu konsisten menawarkan harga berpatutan serendah RM6.99 sekilogram berbanding harga ayam yang tinggi di wilayah tersebut.
Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
Hajiji berkata beliau telah menerima banyak aduan daripada rakyat dan laporan tentang isu integriti serta ketelusan melibatkan Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah, termasuk ada antara mereka melengah-lengahkan urusan yang mempunyai kepentingan untuk rakyat.
Bicara kes saman terhadap Ahmad Zahid ditangguhkan lagi ke 26 Ogos
Perbicaraan kes saman Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan hari ini ditangguhkan ke 26 Ogos.
Tun Mahathir sambut hari lahir ke-99 hari ini
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.
'Perkara hebat sedang berlaku di Selatan' – Tun Mahathir
Pembinaan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura yang sedang rancak berjalan menarik perhatian bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Prosiding RCI Batu Puteh: Tun Mahathir diarah hadir, tuntut dibuat secara terbuka
Dr Mahathir berkata, beliau menerima sapina untuk menghadirkan diri bagi memberi keterangan dalam prosiding itu pada Jumaat.
Mahkamah Tinggi batal saman Halim Saad terhadap Tun Mahathir, kerajaan
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Dr Mahathir dan dua lagi untuk membatalkan saman taikun Tan Sri Halim Saad.
SPRM tidak berhasrat tahan Tun M
SPRM tidak berhasrat untuk menahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
53 hari dirawat di IJN, Tun M dibenarkan pulang hari ini
Setelah 53 hari menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang pada Isnin.
Peguam nasihat Tun M tidak sertai RCI Batu Puteh jika pengerusi tidak diganti
Peguam Dr Mahathir akan menasihatkannya tidak menyertai RCI berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sekiranya pengerusi suruhanjaya itu tidak diganti.