Tidak faham prosedur memohon Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) menyebabkan kuota 10 peratus kaum India menduduki kediaman itu masih belum dipenuhi, ujar Ketua Pemuda MIC Datuk Sivarraajh Chandran.
Jelasnya, faktor berkenaan diperoleh hasil kajian dan aduan belia India kepada parti itu.
"Daripada kajian kami lakukan, kebanyakan mereka tidak faham untuk membuat permohonan RUMAWIP.
"MIC Wilayah Persekutuan telah menyenaraikan 20 orang pemohon kepada menteri, tetapi sampai sekarang tiada apa-apa berita, jadi proses permohonan tidak telus," katanya semasa dihubungi Astro AWANI.
Justeru, Kementerian Wilayah Persekutuan digesa memperbanyakkan usaha mempromosikan RUMAWIP di kalangan kaum India selain mempermudahkan permohonan berkenaan.
"Mungkin nampak cantik (secara luaran) tetapi semasa buat permohonan itu ada masalah dan cabaran kepada pemohon. Ada yang bekerja sepanjang hari dan sukar untuk membuat permohonan.
"Jadi, harap Kementerian Wilayah Persekutuan membuat promosi lebih banyak dan guna parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) di Wilayah Persekutuan," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut menafikan faktor belia India tidak suka tinggal di Kuala Lumpur menjadi punca kuota permohonan berkenaan belum dipenuhi.
"Kemungkinan itu bukan faktor besar. Kebanyakan mereka yang tinggal di Wilayah Persekutuan ini mampu dan sanggup membeli rumah berkenaan, cuma mereka tidak pasti mengenai program berkenaan," kata beliau lagi.
Pada Sabtu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kaum India perlu merebut peluang membeli RUMAWIP kerana masih banyak yang belum terisi daripada 10 peratus kuota disediakan untuk mereka.
Rahimah Abdullah
Sun Feb 04 2018

Sivarraajh menggesa Kementerian Wilayah Persekutuan memperbanyakkan usaha mempromosikan RUMAWIP di kalangan kaum India selain mempermudahkan permohonan berkenaan. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Astro penyiar rasmi Kejohanan Trek Berbasikal Asia 2025
Astro diumumkan selaku penyiar rasmi bagi Kejohanan Trek Berbasikal Asia 2025 yang akan membuka tirainya di Velodrom Nasional Nilai pada 21 hingga 27 Februari depan.

GV11: Pentas akhir terbesar gabung artis legenda Malaysia, Singapura dan Indonesia
Malam kemuncak Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) yang akan berlangsung malam ini bakal menjadi pentas persembahan yang penuh gilang-gemilang.

Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.

Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers
Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kandungan hiburan dengan memastikan setiap program yang disajikan bukan sahaja berkualiti tetapi juga memenuhi selera penonton.

Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers
Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kandungan hiburan dengan memastikan setiap program yang disajikan bukan sahaja berkualiti tetapi juga memenuhi selera penonton.

Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.

Aattam kembali 'menggegar' selepas 13 tahun, netizen persoal keputusan
Selepas 13 tahun rancangan realiti tarian Aattam anjuran Indian Customer Business, Astro, kembali menggegarkan pentas Stadium Indera Mulia, Ipoh Sabtu lalu.

Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam majlis berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.

Astro anjur School Attack, promosi 'SMK' musim ke-5 di SMK Taman Melawati
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati dipilih menjadi lokasi program School Attack yang dianjurkan oleh Astro bagi mempromosikan musim kelima siri popular, SMK.

Konsert Countdown MeleTOP 2025 meriahkan malam Tahun Baharu dengan hiburan dan misi amal
Lebih 30,000 pengunjung memeriahkan sambutan ambang Tahun Baharu 2025 melalui Konsert Countdown MeleTOP 2025 anjuran Astro di IOI City Mall, Putrajaya.