PUTRAJAYA: UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan serta kekuatan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) meskipun bergerak solo kali ini, kata Bendahari UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Ketua UMNO Bahagian Putrajaya itu berkata rakyat akan terus memberi sokongan kepada UMNO dan BN kerana gabungan itu mempunyai matlamat dan hala tuju jelas dalam membangunkan negara ini selain ada rekod pencapaian yang baik.
"Kalau rakyat imbas kembali apa yang telah dilakukan oleh BN...mereka akan beri sokongan terus kepada BN.
"BN adalah parti yang berbilang kaum, berbilang budaya dan multi etnik dan ia merupakan parti semua masyarakat dalam Malaysia tidak kira Melayu, Cina atau India," katanya kepada Bernama.
Semalam, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO dan BN memutuskan untuk bergerak secara solo bagi menghadapi PRU15 susulan keputusan Pas untuk memperkukuh kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN).
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dilapor berkata parti itu memutuskan untuk memperkukuh kerjasama dalam PN atas prinsip penyatuan ummah dan perkara tersebut dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat semalam.
Mengulas kerjasama Pas dan Bersatu itu, beliau berkata pihaknya menghormati pilihan yang dibuat oleh Pas.
"Itu dia (Pas) punya pilihan... kita hormati pilihan dan harap dia berjaya, dulu kita ada kaedah ingin satukan semua melalui Muafakat Nasional tetapi ia tidak kesampaian, jadi kita sendiri dulu," katanya.
Mengenai gerak kerja dalam menghadapi PRU15, Tengku Adnan berkata UMNO Putrajaya telah melakukan persediaan rapi dan hanya menunggu tarikh-tarikh penting PRU15 yang akan diumumkan Suruhanajaya Pilihan Raya (SPR).
Ditanya sama ada beliau akan bertanding di Parlimen Putrajaya pada PRU15 ini, Tengku Adnan yang juga penyandang kerusi P125 itu hanya menjawab: "Insya-Allah".
Pada PRU14, Tengku Adnan mengekalkan kerusi Parlimen Putrajaya apabila menang dengan majoriti 3,372 undi mengalahkan calon Pas Zainal Abidin Kidam dan PKR Datuk Dr Samsu Adabi Mamat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 14 2022

Tengku Adnan berkata, rakyat akan terus memberi sokongan kepada UMNO dan BN kerana gabungan itu mempunyai matlamat dan hala tuju jelas. - Gambar fail
Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

SUKMA 2026: Status pickleball bergantung undian negeri - Hannah
Status pickleball sebagai satu daripada acara pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 belum diputuskan dan masih bergantung kepada undian negeri-negeri yang terlibat.

Ops Campur periksa 308 premis, Akta Padi dan Beras diperhalusi - Armizan
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

PRK DUN Ayer Kuning: Pemuda UMNO ada calon, serah keputusan kepada pucuk pimpinan
Pemuda UMNO tidak menolak kemungkinan untuk melobi calon mereka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.

Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta

Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.

Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.

Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.

"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.

Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.