Dalam kenyataan di Twitternya sebentar tadi, TNB menjelaskan, situasi gangguan bekalan elektrik itu dipercayai berlaku di Kolej Vokasional Gombak (SM Teknik, Gombak).
“Bekalan TNB disahkan baik dan teratur. Ia berpunca dari kerosakan dalaman di pihak pengguna & disahkan pihak SPR.
“TNB akan terus memantau bagi memastikan bekalan kekal stabil sepanjang proses pengiraan undi ini selesai,” jelas kenyataan itu.
Terdahulu, ruangan media sosial kecoh dengan laporan berlakunya ‘blackout’ di salah satu pusat pengiraan undi dipercayai berlaku di Gombak.
DAPATKAN KEPUTUSAN RASMI/ TIDAK RASMI PRU15 DI SINI