Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah berkata, percaturan itu juga sebagai usaha untuk mengembalikan semangat perjuangan parti itu khususnya melihat kepada fasa kejatuhan BN pada PRU14 yang lalu.
Ketetapan itu juga ujarnya tidak pernah sesekali mengecewakan pihak UMNO Simpang Renggam.
"Prinsip saya adalah jelas iaitu kepentingan parti lebih utama berbanding kehendak peribadi.
"Apa jua keputusan yang dibuat pucuk pimpinan parti mempunyai matlamat jelas pada proses pengukuhan dan kestabilan parti," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15. KLIK DI SINI!
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Pengumuman calon BN dan PN
Ujar Zakaria, nasib BN pada PRU14 yang lalu ibarat seperti robohnya 'Kota Melaka' selain hanya berbakikan sisa kepimpinan parti yang perlu kembali bangkit di medan PRU15.
Justeru katanya, UMNO Bahagian Simpang Renggam sememangnya mendokong penuh keputusan tersebut bagi membolehkan bekas Menteri Besar Johor itu menawan kerusi terbabit.
Tambahnya lagi, faktor pengalaman Hasni juga mampu mengembalikan BN di landasan yang betul termasuk usaha untuk memperlihatkan Simpang Renggam lebih menyerlah selepas ini.
PRU15 bakal menyaksikan saingan hebat melibatkan Pengerusi BN Johor itu bersama penyandang kerusi berkenaan iaitu Dr Maszlee Malik.