Jelas Ismail Sabri, tinjauan itu disifatkan sebagai perang psikologi untuk menarik perhatian golongan atas pagar untuk berpihak kepada sesuatu parti.
"Bagi saya itu propaganda kalau ktia tengok Merdeka Center ke arah mana dia, jadi setiap parti terlibat dengan syarikat buat survey (tinjauan), jadi kalau dia dibayar parti berkaitan maka report dia lebih kepada parti berkaitan.
"Sebab itu bagi saya jangan kita terpengaruh ini merupakan perang psikologi oleh parti pembangkang iaitu menarik golongan atas pagar yang belum membuat keputusan apabila tengok seolah-olah mereka menang akhirnya akan berpindah kepada mereka," jelasnya.
Tegas Ismail Sabri, Barisan Nasional (BN) sebaliknya akan terus menerangkan kepada rakyat bagi memastikan pengundi tidak termakan dakyah berkenaan.
"Jadi jangan tertipu dengan dakyah seperti ini, yakinlah kalau kita bersama BN.
"Kalau kita kekal bersama BN seperti saya kata, kita beri penjelasan yang baik survey itu tidak akan mempengaruhi mereka," jelasnya lagi.
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Zahid tidak akan jadi PM jika BN menang - Tok Mat
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Ramah Mesra bersama penduduk di Pusat Daerah Mengundi Mengkarak Station disini pada Rabu.
Mengulas mengenai keyakinan BN dalam pecutan terakhir kempen, jelas Ismail Sabri lagi, parti itu perlu terus bekerja keras dalam memenangi hati pengundi.
"Saya dah katakan jangan ada sesiapa pun merasa selesa, pilihan raya ini apa-apa akan berlaku, jadi jangan rasa selesa gerenti menang.
"Saya dah sebutkan, tidak ada sesiapa yang declare kata mereka gerenti menang, sesiapa sahaja termasuk saya sendiri.
"Kita mesti bekerja terus sampai malam 19 November, apabila diisytiharkan keputusannya. Sebelum itu kita mesti bekerja terus jangan ada rasa selesa, laporan kadang-kadang macam-macam cakap kita 70-60 peratus," katanya lagi.