Shahril meraih 27,288 undi berbanding calon Pakatan Harapan (PH) Adly Zahari yang berjaya mendapat 28,178 undi.
Calon Perikatan Nasional (PN), yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof pula meraih sebanyak 17,211 undi manakala calon Parti Pejuang, Muhammad Nazriq Abdul Rahman hilang deposit apabila hanya meraih 323 undi.
Pada PRU14 lalu, Mohd Redzuan atau mesra disapa ‘Pak Wan’ yang ketika itu bertanding atas tiket PKR menang dalam saingan tiga penjuru menentang dua calon dari BN dan Pas dengan majoriti 6,980.
Sementara itu, Mas Ermieyati Samsudin yang merupakan calon PN di Parlimen Masjid Tanah membuat kejutan apabila berjaya mengekalkan kerusi yang dimenanginya atas tiket BN pada PRU14 lalu.
Mas Ermieyati berjaya memperolehi majoriti 4,411 undi menewaskan calon BN yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid yang hanya meraih 21,193 undi.
Untuk rekod, Mas Ermieyati yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) memenangi kerusi itu atas tiket Barisan Nasional (BN) pada PRU14 sebelum menyertai Bersatu pada 13 Disember 2018.