KUALA LUMPUR: “Saya sedia dipecat, tidak akan bersama Pakatan Harapan (PH).”  Itu kenyataan yang didakwa daripada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merujuk kepada tangkap layar yang dimuat naik dalam media sosial anaknya, Nina.

Dalam tangkap layar itu, Ismail Sabri dipercayai mengeluarkan kenyataan itu dalam kumpulan di aplikasi Whatsapp “KETUA2 BHG UMNO MALAYSIA.”



Turut tersenarai perbualan dalan kumpulan Whatsapp itu adalah Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Rahman yang turut memberi tanda sokongan kepada Ismail.

Tangkap layar perbualan itu dimuat naik Nina Ismail sekitar pukul 5 petang tadi di akaun Instagramnya.

Nina turut membuat komentar iaitu “biar tidak berkuasa, jangan tidak berprinsip”.

Namun, kesahihan perbualan itu tidak dapat dipastikan.