KUALA LUMPUR: Tiada keperluan memasukkan komitmen kerajaan untuk menangani isu keselamatan Laut China Selatan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Hishammuddin berkata, komitmen kerajaan untuk menangani isu keselamatan rantau Asia khususnya melibatkan Sabah dan Sarawak telah terbukti.
Jelas beliau, rakyat boleh menilai keupayaan BN dalam isu keselamatan di negara ini menerusi komitmen yang ditunjukkan sebelum ini.
“Saya rasa tak perlu ada manifesto kerana kita telah buktikan komitmen kita di Sabah dan Sarawak. Orang ramai atau kuasa-kuasa besar yang mengintai rantau kita tidak boleh diyakinkan (keselamatan) melalui manifesto pilihan raya.
“Saya realistik dalam hal ini. Kalau kita letakkan dalam manifesto, apa kesannya pun saya tak tahu. Tanggungjawab, komitmen dan kesungguhan kita untuk melihat kestabilan keselamatan dan pertahanan rantau ini, saya tengok ia berjalan, tak kira musim pilihan raya atau manifesto yang dibentangkan,” katanya.
Tambah Hishammuddin, melalui kerjasama pertahanan secara trilateral antara negara-negara jiran termasuk Indonesia, Brunei dan Filipina, ia mampu membantu negara menangani isu keselamatan rantau Asia sekalipun berdepan dengan masalah aset pertahanan.
“Isu-isu aset yang membelenggu kita, kita melihat di luar kotak, sebab itu kita wujudkan trilateral (segi tiga kerjasama). Kalau kita gabungkan aset Indonesia, Filipina dan Brunei, gandingan itu mungkin boleh membantu kita.
“Ini adalah kekangan yang dihadapi oleh semua tentera di luar sana dalam ekonomi dunia yang tidak menentu ini, penghujungnya ialah keselamatan kita di sini, Brunei, Indonesia dan Selatan Filipina (terjamin).
“Kalau kita hanya memikirkan aset-aset kita sendiri, nak berhadapan dengan China, Amerika Syarikat (mungkin tak mampu), jadi kita nak realistik berada di atas bumi yang nyata, kalau nak berpolitik pun ada had dan batasannya,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama Malaysian Battalion 850-10 (MALBATT 850-10) ke Lubnan bawah misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL).
Seramai 854 pegawai, anggota dihantar sertai MALBATT 850-10 jalani misi pengaman UNIFIL secara berperingkat selama setahun.
Daripada jumlah tersebut, 11 pegawai dan 74 lain-lain pangkat ialah anggota wanita.
Astro Awani
Thu Oct 27 2022
Hishammuddin berkata, komitmen kerajaan untuk menangani isu keselamatan rantau Asia khususnya melibatkan Sabah dan Sarawak telah terbukti. - Gambar fail
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.
Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.
Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.
"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.