Dalam video ucapannya, beliau menggesa semua anggota agar memilih calon dan parti yang mempunyai rekod pencapaian yang baik kerana ia adalah pertimbangan paling adil dalam menentukan masa depan negara.
"Keluarlah beramai-ramai kerana ini adalah hak dan tanggungjawab demi memastikan kestabilan dan kemakmuran negara.
"Setiap undi penting untuk menentukan kerajaan yang akan memerintah bagi lima tahun akan datang.
"Buat pilihan bijak, pilih calon dan parti yang mempunyai track record dan pencapaian baik kerana ini pertimbangan paling adil.
"Kalau boleh, keluar awal dan jaga disiplin. Peliharalah nama baik ATM dan buktikan ATM contoh tauladan terbaik kepada masyarakat," katanya.
Seramai 146,737 individu membabitkan anggota ATM dan pasangan mereka akan menjalankan tanggungjawab mereka pada Selasa.
sebanyak 153 pusat mengundi awal ATM diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sebagai pusat pengundian awal bagi anggota dan pasangan mereka di seluruh negara.
Bagaimanapun, proses membuang undi bagi anggota yang didaftarkan sebagai pengundi pos sudah bermula 7 November lalu sehingga 19 November ini sebelum pukul 5 petang.