Ini kerana, mereka kecewa dengan sikap segelintir wakil rakyat yang ‘ghaib’ selepas selesai pilihan raya selain gagal menunaikan tawaran yang dijanjikan semata-mata untuk mendapatkan sokongan.
Pengundi di sekitar Seremban ketika ditemui Astro AWANI mengakui, mereka sudah muak dengan drama pemimpin politik mahupun calon-calon yang sedang giat berkempen bagi meraih undi dalam PRU15 ketika ini.
Seorang guru swasta, R. Parimala Devi, 50, berkata, dia kecewa apabila kelibat pemimpin-pemimpin politik biasanya hanya dapat dilihat sepanjang tempoh berkempen.
Namun apabila sudah berjaya mendapat mandat rakyat, mereka tidak lagi turun padang bagi membantu menyelesaikan setiap isu berbangkit.
“Bila masa mengundi sahaja sibuk datang nak berkempen, (tetapi) semasa rakyat susah mereka seperti tidak ambil tahu pun. Tidak boleh lah macam tu.
“Sepatutnya mereka kena sentiasa jaga rakyat bukan bila nak mengundi sahaja baru sibuk nak jaga dan selepas itu bila sudah dapat undi mereka buat tak tahu sahaja,” katanya.
Gelanggang PRU15 sudah dibuka, untuk calon penuh klik di sini!
Kekesalan sama turut disuarakan seorang peniaga warga emas Mohamod Ramli Abas, 75, yang mengakui kesal dengan pemimpin politik yang gagal menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan.
“Sepanjang saya berniaga di sini selama 22 tahun belum pernah lagi wakil rakyat kawasan datang bertanya keadaan kami peniaga-peniga kecil ini di sini.
“Masalah-masalah yang ingin kami kemukakan memang susah lah dan sebab itu tidak ada sebarang kebaikan wakil-wakil rakyat ini yang saya kena pandang sedangkan sepatutnya mereka kena ambil tahu pasal kami,” katanya yang juga peniaga pisang goreng di Seremban 2.
Bagi peniaga muda, Muhd Fareth Zainun, 24, sebagai golongan belia dia mengakui kecewa apabila kumpulan itu sering kali menjadi sasaran pemimpin politik untuk meraih undi.
Namun apabila berjaya dipilih sebagai wakil rakyat, usaha untuk mengangkat suara belia ke peringkat tertinggi dilihat tidak direalisasikan.
“Biasanya kami yang muda-muda ini sebelum pilihan raya akan ada orang parti datang minta bantuan kami bantu parti mereka dan undi calon mereka.
“Tetapi sebelum mengundi dengan selepas mengundi itu memang nampak perbezaan lah kerana lepas mengundi sahaja hilang terus tak nampak bayang,” ujarnya.