KUALA LUMPUR: Pemuda Barisan Nasional (BN) akan menjelajah ke semua negeri melalui program Jelajah Pemuda BN bermula Selasa depan bagi menjelaskan polisi dan dasar BN berkaitan kestabilan serta kemakmuran rakyat.
Ketua Pemuda BN Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata jelajah itu akan melibatkan dan menampilkan pemimpin-pemimpin muda BN untuk menyuarakan aspirasi anak muda serta aspirasi Malaysia yang anak muda inginkan.
"Kita ada rekod prestasi untuk memastikan kestabilan dapat dicapai, kita ada rekod baik dari segi memastikan kemakmuran rakyat itu dapat kita pertahankan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda BN di sini hari ini.
Asyraf Wajdi berkata mesyuarat hari ini turut memutuskan supaya Pemuda BN di Semenanjung Malaysia menggerakkan semua jentera mereka di peringkat akar umbi secara bersama melibatkan UMNO, MCA dan MIC untuk berada di barisan hadapan bagi berdepan kemungkinan bencana banjir.
"Kita sudahpun bersetuju untuk memastikan jentera Pemuda Barisan Nasional mesti difokuskan bukan sekadar untuk berkempen tetapi untuk membantu rakyat dalam apa juga keadaan," katanya.
BACA: PRU15: Tarikh mengundi ditetapkan 19 November
Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15 DI SINI!
Asyraf Wajdi berkata beliau amat berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan Pemuda BN di semua 191 Parlimen yang bakal ditandingi oleh calon-calon BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Nov sebagai tarikh pengundian bagi PRU15, dengan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 Nov, manakala pengundian awal pada 15 Nov.
Ditanya mengenai agihan kerusi sebagai calon melibatkan Pemuda BN bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Asyraf Wajdi berkata pihaknya masih belum mendapat maklumat berhubung perkara itu, namun senarai calon telahpun diserahkan kepada Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2022
Asyraf Wajdi berkata beliau amat berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan Pemuda BN di semua 191 Parlimen yang bakal ditanding.- Fail BERNAMA
AWANI Ringkas: Polis temui komponen rim besi tayar didakwa punca nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TMJ dijemput sebagai tetamu khas Presiden PSG di Doha
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, dijemput sebagai tetamu khas Presiden Paris Saint-Germain FC (PSG), Nasser Al-Khelaifi, untuk menyaksikan sesi latihan PSG di Stadium 974, Doha, Qatar pada Sabtu.
ATM sahkan insiden kekecohan libatkan warga Palestin
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan berlaku satu insiden kekecohan melibatkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) pada jam 5 petang, pada Sabtu.
Titah Adendum: Rayuan Najib didengar esok
Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak esok berhubung penolakan permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah, berdasarkan dakwaannya mengenai kewujudan Titah Adendum menyokong permohonan tersebut.
Gudang proses, simpan racun tikus musnah terbakar di Bukit Rotan
Sebuah gudang memproses dan menyimpan racun tikus musnah hampir 80 peratus akibat kebakaran di Jalan Bukit Rotan, Bestari Jaya, pagi Ahad.
Polis temui komponen rim besi disyaki punca kemalangan tragik di PLUS
Polis menemui rim besi dipercayai punca kemalangan di KM204 PLUS, yang mengorbankan tujuh nyawa. Komponen dihantar untuk siasatan lanjut oleh Jabatan Kimia.
PM Singapura lawat Malaysia bermula esok
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada 6 dan 7 Januari 2025.
Cuaca buruk: Aksi Liverpool, United mungkin ditunda
AKSI panas Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Liverpool dan Manchester United pada awal pagi Isnin mungkin ditunda susulan ramalan cuaca buruk di Merseyside.
Lelaki maut nahas dua kenderaan
Pemandu Honda Civic telah mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
PM Singapura adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula esok
Lawatan ini bertepatan dengan Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-11 (ALR) yang dijadualkan pada 7 Januari 2025.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.
Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.
Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.
"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).