Beliau diiringi pencadang, Datuk Mokhtar Mohd dan Muhamad Anib Sardi sebagai penyokong.
Sementara, calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Asmawi Harun pula selesai menyerahkan borang beberapa minit kemudian, diikuti calon Pakatan Harapan (PH), Abas Awang yang diiringi penyokong dan pencadang masing-masing.
Parlimen Bera menyaksikan pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan diadakan pada 19 November ini.
Bagaimanapun, senarai rasmi calon yang akan bertanding hanya akan diketahui selepas Pengurus Pilihan Raya Parlimen Bera, Datuk Zaman Azam Mohamat Sarif mengumumkannya pada pukul 10 pagi ini selepas selesai tempoh bantahan.