LARUT: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin masih berteka-teki mengenai kerusi yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Beliau enggan memberi penjelasan ketika ditanya pemberita, sama ada beliau akan bertanding di kerusi Larut yang disandangnya ketika ini.
"You (awak) hendak suruh saya bertanding dekat mana," katanya ringkas sambil ketawa kecil ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Retreat Media Bersama Klien dan Sahabat Kementerian Dalam Negeri di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Batu Kurau hari ini.
Pada Rabu, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu berkata parti itu tidak menolak kemungkinan berlaku pertukaran kerusi dengan Pas, sebagai strategi gabungan itu untuk memenangi PRU15.
Pada 23 Sept lepas, media melaporkan pengagihan kerusi membabitkan parti komponen Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRU15 hampir selesai dan akan dimuktamadkan.
Pada PRU14, Hamzah menang di kerusi Parlimen Larut atas tiket Barisan Nasional (BN) dalam pertembungan tiga penjuru yang juga melibatkan Pas dan PKR. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk keluar UMNO menjadi wakil rakyat bebas sebelum menyertai Bersatu.
Ditanya mengenai seorang pemimpin Pas mendedahkan Bersatu sudah diberitahu supaya tiada pertembungan berlaku di 27 'kerusi kritikal' dengan UMNO pada PRU15, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut.
"Saya akan berjumpa dengan mereka bagi menyelesaikan perkara itu. Kita akan menyusun satu strategi yang lain," katanya.
Hari ini, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Mohd Zuhdi Marsuki dilaporkan berkata ia bagi memastikan kerusi berkenaan tidak jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH), selepas BN dan Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk tidak bekerjasama pada pilihan raya akan datang.
Dilapor, 27 kerusi Parlimen itu melibatkan 20 kerusi dimenangi PH susulan pertembungan Pas-UMNO, manakala baki tujuh kerusi berisiko jatuh ke tangan PH disebabkan kekalahan tipis gabungan pembangkang itu, pada PRU14.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 15 2022
Datuk Seri Hamzah Zainudin masih berteka-teki mengenai kerusi yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). - Gambar fail/Astro AWANI
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
Mengenang Tun Daim: 'Allahyarham seorang negarawan, kami kenang legasinya' - Hamzah
Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pagi tadi sebagai negarawan yang banyak berjasa kepada negara.
Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi
Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027.
Pembangkang boleh kemuka draf MoU baharu - TPM Fadillah
Pihak pembangkang boleh mengemukakan cadangan baharu atau maklum balas mengenai draf MoU peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.
Isu peruntukan pembangkang, dana pembangunan: 'Lebih baik wujudkan undang-undang'
Manimaran berpendapat respons pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata.
Tiada sebab untuk tolak MoU peruntukan pembangkang - Penganalisis
Kandungan Perjanjian Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang seperti yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof adalah seimbang.
Pembangkang tolak MoU Peruntukan Pembangkang dikemukakan Kerajaan
Penolakan itu dibuat atas empat sebab asas yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Enam ahli Bersatu diserahkan notis terhenti serta-merta hari ini
Hamzah dalam kenyataan hari ini berkata tindakan itu selaras dengan arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti yang bermesyuarat pada 7 Jun lepas.
Mesyuarat MPT: Status tujuh wakil Bersatu sokong PM sudah diputuskan
Status enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN Bersatu yang berpaling tadah dengan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah diputuskan dalam mesyuarat MPT.
Tak boleh sokong PM: 10 ADUN Bersatu Perlis, Terengganu serah Surat Arahan MPT
Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan Surat Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
Cadangan pergi pasar: 'Hamzah nak elak jawab PN dukung golongan kaya, warga asing' - Anwar
Perdana Menteri menegaskan beliau hampir setiap minggu turun ke warung kecil dan pasar di seluruh negara serta bertanya keadaan rakyat.